[RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR

[RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR
link : [RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR

Baca juga


[RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR


Tengku Muda Pahang lawat mangsa banjir


Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkenan melawat 52 mangsa banjir di Dewan Kuala Gali dan 67 mangsa di Dewan Serbaguna Kampung Pia Dong petang semalam.

Beliau yang diiringi bersama Exco Koperasi Usahawan dan Kepengunaan Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin yang juga Adun Dong turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa terbabit.

Turut serta Adun Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Hamdan Hussin.

Mangsa mangsa itu adalah sebahagian daripada sebanyak 456 mangsa banjir terdiri daripada 143 keluarga di 17 buah kampung yang terlibat banjir.

Tengku Abdul Rahman menasihatkan mangsa terbabit supaya bersabar menghadapi dugaan ALLAH serta sentiasa menjaga anak anak semasa banjir.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, Kolonel Zainal Yusoff berkata daerah ini telah mencatatkan penurunan jumlah mangsa daripada 503 orang kepada 453 mangsa.

Menurutnya, sebanyak 17 buah pusat pemindahan masih lagi dibuka dan tiada pusat pemindahan yang ditutup setakat ini.

"Pusat pemindahan terbabit ialah,Balai Raya Kampung Pamah Kulat, Masjid Bukit Pampong, SK Tanjung Putus, Balai Raya Kampung Kuala Keloi, Masjid Kuala Semantan, Masjid Lama Kuala Gali, Dewan Orang Ramai Kampung Pia, Balai Raya Kampung Tok Machang, Balai Raya Kampung Ulu Gali, Masjid Kampung Temau, Dewan Kampung Pasir Bayam, Pusat Latihan Kemas Gali, Balai Raya Kudang Patah SK Ulu Atok, SK Chenua, Dewan Kuala Gali dan Balai Raya Sengkela,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, Zainal berkata pusat pemindahan sementara Dewan Orang Ramai Kampung Pia telah mencatatkan penurunan jumlah mangsa daripada 74 orang kepada 67 orang setakat jam 8 pagi tadi.

“Tiga jalan telah ditutup iaitu Jalan Bunga Raya, Jalan Cheroh Gesing ,Jalan Ulu Gali dan Jalan Jeriau Bukit Fraser. Bagi Jalan Bunga Raya dan Jalan Cheroh Gesing, mereka boleh melalui Jalan Sengkela Chenua sebagai jalan alternatif manakala Jalan Jeriau Bukit Fraser ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh,” katanya.




Demikianlah Artikel [RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR

Sekianlah artikel [RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [RAUB] TENGKU MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/raub-tengku-muda-pahang-lawat-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates: