RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK

RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK
link : RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK

Baca juga


RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK


mahkamah


Alor Setar - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang isteri dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun manakala suaminya dipenjara sehari dan didenda RM170,251.25 selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah yang dilakukan pada 2012.

Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan keputusan itu terhadap Afizah Md Yusoff, 36, dan suaminya Mohamad Reduan Hussain, 39, yang kedua-duanya merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Padang Terap.

Zanol Rashid juga memerintahkan jika Mohd Reduan gagal membayar denda itu tertuduh boleh dikenakan penjara selama enam bulan.

Hakim sebelum menjatuhkan keputusan itu menasihatkan pasangan berkenaan agar melakukan tindakan dengan betul sebelum membuat sebarang keputusan apatah lagi mereka merupakan penjawat awam.

"Kena fikir habis-habis sejak daripada awal lagi. Ini adalah satu kesilapan dan diharapkan keputusan ini memberikan peluang untuk kamu bertaubat," katanya.

Afizah didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan bagi syarikat adik kandungnya dengan menyediakan Pesanan Kerajaan bernombor P12000029 ke atas pembekalan alat-alat ganti kelengkapan elektrik bernilai RM34,250.25, pada 14 Jun 2012, di kolej berkenaan.

Ia diberikan kepada Syarikat RHA Sepakat Enterprise iaitu syarikat milik adiknya dan tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Suaminya, Mohd Reduan didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan berkenaan dengan memperakui pesanan kerajaan itu pada 18 Jun 2012 di kolej sama, dan turut dihukum di bawah seksyen sama.

Sabit kesalahan mereka boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Ketika rayuan, kedua-duanya menangis teresak-esak dan memohon mahkamah mengurangkan hukuman selain isteri yang mempunyai empat anak yang masih kecil berusia 10 tahun hingga dua tahun dan menyusu badan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A. Hafiizh Abu Bakar.




Demikianlah Artikel RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK

Sekianlah artikel RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RASUAH: ISTERI DIKENAKAN BON BERKELAKUAN BAIK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/rasuah-isteri-dikenakan-bon-berkelakuan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :