Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP)

Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP) - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP)
link : Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP)

Baca juga


Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP)

Chandra (kanan) bersama anggota kumpulan RMP di majlis pelancaran inisiatif tersebut di Institut Integriti Malaysia di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

25 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Aminuddin Yahya menyifatkan cadangan beberapa ahli akademik serta aktivis untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan sebagai amat berbahaya.
Ini kerana, katanya, ia bercanggah dengan nilai kemurnian Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Bahkan, dalam Rukun Negara tidak dinyatakan secara jelas tentang kedudukan Islam, sebaliknya hanya menyatakan kepercayaan kepada Tuhan.
Justeru, beliau berkata, cadangan itu akan mengakibatkan Islam diletak sama taraf dengan agama-agama lain yang mana bertentangan dengan Perlembagaan dan menyinggung kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negara ini.
Selain itu, Rukun Negara juga tidak menyatakan kedudukan orang Melayu yang juga termaktub dalam Perlembagaan.
“Ini akan menghakis kedudukan orang Melayu secara halus. Ia satu usaha yang mesti ditentang dan yang tidak memahami nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan. Cadangan ini merupakan pemikiran liberal yang mahu mencairkan Islam dan kedudukan orang Melayu.
“Kita mohon rakyat dan ahli-ahli Parlimen menolak cadangan ini yang dikatakan akan dilobi kepada ahli-ahli Parlimen sebelum dibentang kepada Parlimen.
“Kita juga menuntut agar cadangan ini dibahas dan dinilai oleh pakar-pakar Perlembagaan terlebih dahulu dan bukan hanya sekelompok kecil manusia,” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, sekumpulan ahli akademik dan aktivis telah melancarkan satu inisiatif untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan.
Inisitiaf yang dikenali sebagai Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP) tersebut bermatlamat antaranya menjadikan dokumen negara itu sebagai garis panduan kepada penggubalan undang-undang negara.
RMP digerakkan oleh lebih 100 individu berpengaruh di kalangan masyarakat awam, termasuk pakar perlembagaan berfikiran liberal, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi; ahli akademik, Prof Dr Tan Chong Tin; peguam, Firdaus Husni serta aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar.
Kumpulan itu malah mengalu-alukan rakyat Malaysia supaya tampil menyokongnya menerusi tandatangan selama tiga bulan sehingga 30 April.
Tandatangan yang dikumpulkan akan dipersembahkan kepada persidangan Majlis Raja-Raja dengan harapan raja-raja akan menasihatkan Kabinet dan Parlimen bagi menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan. - ismaweb


Demikianlah Artikel Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP)

Sekianlah artikel Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rancangan LICIK Puak Liberal: Wujudkan Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP) dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/rancangan-licik-puak-liberal-wujudkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :