Judul : Polis terpaksa pujuk lelaki ini supaya mahu kahwin
link : Polis terpaksa pujuk lelaki ini supaya mahu kahwin
Polis terpaksa pujuk lelaki ini supaya mahu kahwin
Sinar Harian
Lelaki itu ditenangkan oleh polis - Foto South China Morning Post
GUANGDONG - CHINA. Polis terpaksa menjadi kaunselor selepas terpaksa memujuk seorang lelaki 27 tahun yang mabuk kerana tertekan dengan ibu bapanya yang telah mencari calon isteri untuknya, lapor media tempatan.
Li yang bekerja di Dongguan, wilayah Guangdong menjadi semakin tertekan selepas, ibu bapanya telah merancang beberapa siri temu janji untuk mencari isteri sebaik tiba dirumah untuk perayaan Tahun Baharu China Sabtu ini, lapor GDTV.
Video yang ditayangkan stesen TV menunjukkan Li yang berada dalam keadaan mabuk dan menagis sebaik didekati penjaga pintu di stesen kereta api Dongguan East.
Dia yang berjalan terhuyung hayang dibawa ke balai polis berdekatan.
"Ketika berumur 27 tahun, saya mempunyai teman wanita tetapi dia meninggalkan saya," katanya
Sejak itu, lelaki itu berdepan tekanan daripada ibu bapanya yang mengesanya untuk berkahwin menyebabkan dia bertindak minum minuman keras sebelum menaiki kereta api pulang ke kampung halamannya.
Li dipetik sebagai berkata, dia sedih dengan tindakan ibu bapanya yang telah mengatur temujanji sepanjang cuti perayaan ini kerana dia mahu mencari sendiri calon isterinya berbanding berkahwin melalui aturan keluarga.
Li tetap menaiki kereta api pulang pada jam 11 malam pada hari yang sama selepas ditenangkan dan diberi minuman panas oleh polis.
Demikianlah Artikel Polis terpaksa pujuk lelaki ini supaya mahu kahwin
Sekianlah artikel Polis terpaksa pujuk lelaki ini supaya mahu kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis terpaksa pujuk lelaki ini supaya mahu kahwin dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/polis-terpaksa-pujuk-lelaki-ini-supaya.html