Judul : PERLANTIKAN TIM KETUA MENTERI TAK BENAR
link : PERLANTIKAN TIM KETUA MENTERI TAK BENAR
PERLANTIKAN TIM KETUA MENTERI TAK BENAR
Berita pelantikan pemangku ketua menteri palsu
Amar Douglas
KUCHING - Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp bahawa Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Sarawak adalah tidak benar.
Jurucakap Jabatan Ketua Menteri berkata berdasarkan pemeriksaan beliau dengan Astana Negeri, maklumat itu didapati tidak benar.
"Maklumat itu tidak benar. Saya sudah periksa dengan pegawai Astana Negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp berikutan kematian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, di Pusat Jantung Kota Samarahan, di sini pada 1.20 tengah hari ini akibat komplikasi jantung.
Sementara itu, Pejabat Yang Dipertua Negeri Sarawak dalam satu kenyataan petang ini turut menafikan maklumat mengenai pelantikan tersebut serta pergerakan upacara pengebumian Adenan esok.
"Pejabat Yang Dipertua Negeri Sarawak (Astana Negeri) hari ini menafikan bahawa ada melantik mana-mana kakitangan mewakili Pejabat Astana Negeri untuk membuat kenyataan pemangkuan Ketua Menteri dan pergerakan majlis pengebumian Ketua Menteri Sarawak Adenan," kata kenyataan tersebut.
"Kenyataan yang dibuat di media sosial adalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan nama pejabat tersebut untuk mendapat perhatian," kata kenyataan itu.
Untuk pengetahuan awam, Pejabat Yang Dipertua Negeri tidak terlibat dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Politik Negeri Sarawak, kata kenyataan itu. – Bernama
Demikianlah Artikel PERLANTIKAN TIM KETUA MENTERI TAK BENAR
Sekianlah artikel PERLANTIKAN TIM KETUA MENTERI TAK BENAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PERLANTIKAN TIM KETUA MENTERI TAK BENAR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/perlantikan-tim-ketua-menteri-tak-benar.html