Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir

Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir
link : Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir

Baca juga


Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir



Pemimpin bertaraf penyamun tidak akan mampu untuk mengeluarkan manifesto terbaik seperti yang Tun Mahathir lakukan ini. Malah penyamun hanya memikirkan bagaimana nak menjual harta negara supaya hutang yang dibuat olehnya dapat dibayar. Jelas bila hutang tidak dapat dibayar duit poket rakyat pula yang diambilnya.

Ini adalah antara manifesto parti PPBM jika menang bersama pakatan harapan dibawah lambang Barisan Rakyat.

103. GST akan dihapuskan secara beransur-ansur dan diganti dengan sales tax ​(cukai jualan) mengikut selera rakyat.

104. Nilai matawang akan dipertahan tanpa penjualan Dolar Amerika dalam ​simpanan (reserve) negara.

105. Akan kita cipta cara yang lebih berkesan untuk pemulihan nilai matawang ​supaya tidak menekan rakyat, terutama yang mempunyai anak belajar di ​luar negeri.

106. Kita akan selidik habis-habisan akan wang 1MDB yang diselewengkan. ​Hutang-hutang baru untuk projek yang membazir akan kita kenalpasti dan ​kita kaji semula dari segi kemampuan kita berhutang. Kita akan kejar semua ​wang 1MDB dan Kerajaan yang telah dilesapkan, yang kita tahu berada di ​tangan orang tertentu.

107. Tafsiran FDI, Foreign Direct Investment (pelaburang asing secara langsung) ​akan dikembalikan kepada pelaburan dalam industri pengeluaran barangan ​untuk pasaran tempatan dan eksport.

108. Pembelian tanah secara besar-besaran oleh orang asing dengan tujuan ​menempatkan orang mereka akan diteliti dari segi kesan terhadap masa ​depan politik negara.

109. Segala salahguna kuasa oleh jabatan atau agensi Kerajaan akan diselidik ​dan pihak yang teraniaya akan dipulih dengan adil.

110. Kemiskinan dalam negara akan dikurangkan melalui pengwujudan peluang ​kerja dan latihan kemahiran; melalui pemulihan nilai Ringgit dan ​pengurangan kos sara hidup.

111. Yang miskin tegar kerana sebab-sebab tertentu akan dibantu dengan wang ​yang mencukupi bagi kehidupan yang dianggap selaras dengan sebuah ​negara yang prihatin.

112. Umumnya Malaysia akan mengadakan dasar bebas dari sebarang ikatan ​dengan blok-blok di dunia.

113. Tumpuan akan diberi kepada sebarang ketidak adilan yang dilakukan oleh ​mana-mana pihak di dunia. Sebarang rampasan wilayah oleh mana-mana ​pihak akan ditentang oleh Malaysia.

114. Percayalah kerajaan yang akan mengganti BN pimpinan Najib mempunyai ​cukup kepakaran dalam bidang pentadbiran, politik, ekonomi, kewangan dan ​kesejahteraan hidup masyarakat untuk melaksana program pemulihan ​negara dalam perkara-perkara yang tersenarai di atas. Kerajaan ini akan ​hormati sistem pentadbiran negara dengan memisahkan kuasa antara ​legislature (pembuat undang-undang dan dasar), eksekutif (pelaksana ​keputusan pembuat undang-undang dan dasar Kerajaan) dan kehakiman.

115. Pihak Kerajaan (Perdana Menteri yang dipilih oleh legislature) tidak boleh ​menguasai eksekutif atau judiciary.

116. Perdana Menteri pula mesti mendapat persetujuan Kabinet sebelum ​mengemukakan dasar kepada Dewan Rakyat untuk mendapat persetujuan ​majoriti daripada ahli Dewan,

117. Kejatuhan nilai Ringgit akan dipulih melalui pentadbiran dan pengurusan ​kewangan negara secara bertanggungjawab (prudent) mengikut aturan ​peraturan. Segala perbelanjaan Kerajaan akan dirancang dengan teliti ​melalui budget yang sah yang dikemuka kepada Parlimen.

118. Jabatan Audit Negara akan dibebaskan daripada Perdana Menteri dan ​laporan disampaikan kepada Parlimen, Kerajaan dan orang ramai. Laporan ​audit ​tidak perlu dikemukakan kepada Peguam Negara. Laporan Audit tidak ​akan ​diletak dibawah OSA.

119. Penyertaan lebih seratus ribu rakyat dalam tunjuk perasaan Bersih jelas ​menunjuk betapa mereka anggap Kerajaan sekarang adalah kotor, tidak ​berprinsip, tidak bersih.

120. Rakyat berkehendak Kerajaan yang bersih. Kita, Parti Pribumi Bersatu ​Malaysia juga sependapat dengan persepsi kebanyakan NGO dan rakyat ​dan ramai daripada kita telah pun menyertai tunjuk perasaan Bersih.

121. Parti kita bersama dengan parti-parti pembangkang yang akan tubuh parti ​campuran akan berusaha mendirikan Kerajaan yang bersih, terutama dalam ​pengurusan Pilihanraya di negara tercinta ini. Segala reformasi yang ​diperlukan akan dilakukan.

122. Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak akan ​diberi kepada pengundi di apa juga peringkat untuk mendapat sokongan ​dalam pilihanraya.

123. Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai ​Kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto ​mana-mana parti.

124. Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ​ditentukan oleh undang-undang dan budget biasa. Perdana Menteri tidak ​boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.

125. Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka ​boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran ​pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi.


137. Kami berikrar akan berpegang kuat kepada amanah untuk menyelamatkan negara ini, dan berpegang kepada perlembagaan negara untuk memelihara hak dan kedudukan orang Melayu dan pribumi lain tanpa merampas hak kaum-kaum lain.


Demikianlah Artikel Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir

Sekianlah artikel Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perdana Menteri Bertaraf Penyamun Tidak Mampu Mengeluarkan Manifesto Terbaik Tun Mahathir dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/perdana-menteri-bertaraf-penyamun-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :