'Pecat individu ada salah laku dalam Felda'

'Pecat individu ada salah laku dalam Felda' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Pecat individu ada salah laku dalam Felda', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Pecat individu ada salah laku dalam Felda'
link : 'Pecat individu ada salah laku dalam Felda'

Baca juga


'Pecat individu ada salah laku dalam Felda'

Sinar Harian
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah
SHAH ALAM - Penahanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas lima individu termasuk bergelar Datuk daripada Felda membuktikan agensi itu berdepan isu integriti dan ketelusan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, penangkapan pegawai ini bukanlah satu permulaan yang baik tatkala Felda bergelut dengan isu ketirisan dana dan pengurusan yang tidak stabil.

"Pengerusi baharu Felda,Tan Sri Shahrir Samad seawal pelantikannya sendiri mengakui bahawa institusi awam milik peneroka Felda berhadapan dengan masalah ketirisan yang agak membimbangkan.

"Maka, saya turut bimbang akan nasib dan cabaran yang terpaksa diterima oleh peneroka yang juga terpaut rugi dalam kes penyelewengan wang rakyat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Seleweng RM47.6j Felda: Lima suspek direman]
Terdahulu dalam perkembangan kes itu hari ini, lima individu itu yang ditahan di sekitar Lembah Klang semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar datuk, bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.

Kesemua mereka berusia 30, 33, 38, 53 dan 57 tahun itu disiasat  mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Op Caviar yang dilancarkan oleh SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Nurul Izzah berkata, secara peribadi beliau memohon untuk mencadangkan beberapa perkara kepada Shahrir antaranya mendesak agar sebuah blueprint buat tatapan umum dikeluarkan oleh pihak Felda dalam penstrukturan semula di bawah pimpinanya dalam memacu dasar Felda.
"Laporan ini perlu dibentangkan oleh Menteri pada sidang parlimen kelak supaya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pengurusan Felda," katanya lagi.

Dalam pada itu, kata Nurul Izzah, Felda juga perlu memecat pihak yang mempunyai salah laku bagi memulihkan ketelusan organisasi daripada pihak yang tiada integriti.

Ujar Nurul Izzah lagi, beliau juga mendesak agar setiap perjanjian, pelaburan dan pembelian aset perlu dikaji semula supaya pelaburan serta pembelian tersebut dapat memberi nilai keuntungan kepada Felda dan peneroka.

"Reformasi Felda secara struktural perlu dilaksanakan segera dengan menekankan integiriti dan ketelusan sebagai asas perubahan yang baik buat Felda," katanya.
Katanya lagi, jika Shahrir tidak proaktif dan berdedikasi memimpin Felda, maka beliau akan  mendesak Shahrir meletakkan jawatan pengerusi Felda demi kepentingan peneroka dan masa hadapan Felda.


Demikianlah Artikel 'Pecat individu ada salah laku dalam Felda'

Sekianlah artikel 'Pecat individu ada salah laku dalam Felda' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Pecat individu ada salah laku dalam Felda' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/pecat-individu-ada-salah-laku-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :