Judul : PAS semakin MELOYA dan MENJELIKKAN
link : PAS semakin MELOYA dan MENJELIKKAN
PAS semakin MELOYA dan MENJELIKKAN
Hari ini Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengeluarkan kenyataan bahawa perkembangan terbaharu (DAP mahu jawatan TPM - walaupun sebenarnya telah dinafikan oleh DAP dan Tun Mahathir) merencatkan sama sekali siri pertemuan antara Pas dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama.
Tindakan beliau mempertahankan berita palsu daripada cybertropper UMNO ini jelas menzahirkan hati budi pemimpin Pas pada masa ini. Mereka tidak sedar, ahli-ahli PAS sedang memerhati dan akan hukum pemimpin mereka sendiri pada PRU-14 nanti.
Kebebalan Pengarah PPP, ditambah pula oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan tidak dapat mengelak dari berkongsi rasa 'seronok' apabila beberapa parti pembangkang didakwa mula berbincang tentang pengagihan jawatan dalam kerajaan baharu.
"Terkadang naik seronok juga bila memikirkan beberapa parti pembangkang sibuk nak agihkan jawatan dalam kerajaan baru nanti.
"Siapa nak jadi Perdana Menteri. Siapa pula nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Dan siapa pula yang jadi Menteri Kewangan," sindirnya dalam kenyataan.
"Seronok berteori atas meja dan membahagi-bahagikan jawatan sama sendiri. "Jentera parti tidak dipedulikan. Cawangan tak ada. Petugas parti tidak dibina, latihan dan kursus tidak diadakan," katanya lagi.
DAP nafi mahu jawatan TPM
Sementara itu, "DAP tidak pernah meminta diberikan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) seperti didakwa beberapa laporan media", kata Pengarah Pendidikan Politik parti itu, Liew Chin Tong.
Katanya, beliau pernah menemani Penasihat DAP, Lim Kit Siang bermesyuarat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini, sebelum kontroversi berhubung DAP didakwa meminta jawatan TPM itu timbul.
“Kit Siang dan Dr Mahathir bertukar pandangan mengenai keadaan ekonomi, pelaburan langsung asing, politik Sabah dan pemerkasaan Sarawak serta kejelasan dalam pengaturan politik,” kata ahli Parlimen Kluang itu.
Beliau berkata, DAP tidak pernah meminta mahupun membincangkan jawatan TPM.
MCA SAHKAN pernah minta jawatan TPM daripada Najib
Manakala MCA sendiri mengakui pernah menyampaikan hasrat penyokong agar jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan untuk pemimpin parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi MCA Datuk Seri Ti Lian Ker hari ini menjelaskan cadangan itu dibuat agar usaha kerajaan memelihara kepentingan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini dilakukan dengan lebih berkesan.
“Ia sekadar menyalurkan hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat,” katanya kepada FMT.
Carian di Portal Pusat Maklumat Rakyat atau Portal 1KLIK memaparkan cadangan daripada Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, pada April 2009:
“Datuk Loke Yuen Yow dalam laman webnya menggesa Datuk Seri Najib Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan ‘perkongsian kuasa sebenar’.
“Menurut Loke lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara,” lapor Jabatan Penerangan Malaysia.
Kenapa PAS Semakin Mudah Menerima Berita Negatif Pembangkang
Persoalannya kenapa PAS semakin mudah untuk menerima berita palsu yang dicetuskan oleh cybertropper BN berbanding mendengar penjelasan daripada pihak pembangkang?
PAS seolah-olah ingin mencari salah pembangkang untuk menghalalkan mereka masuk pintu belakang memenangkan BN dalam PRU14.
Tindakan PAS semakin meloyakan dan menjelikkan. Budaya Islam semakin luntur daripada PAS.
Demikianlah Artikel PAS semakin MELOYA dan MENJELIKKAN
Sekianlah artikel PAS semakin MELOYA dan MENJELIKKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS semakin MELOYA dan MENJELIKKAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/pas-semakin-meloya-dan-menjelikkan.html