[MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA

[MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA
link : [MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA

Baca juga


[MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA


Sumbangan buat warga emas Sri Jaya


Pemberian sumbangan kepada warga emas sempena Tahun Baharu Cina 2017 membuktikan kerajaan Barisan Nasional begitu prihatin dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Sri Ismail Abd Muttalib berkata, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan perbezaan politik.

"Keamanan negara serta kestabilan ekonomi menjadi tarikan pelabur asing untuk ke menanam modal ke negara ini. Justeru menjadi tanggungjawab semua rakyat menjaga keamanan dan kestabilan ini.

"Jika tidak, negara akan menjadi negara lain seperti Timur Tengah yang mana untuk menjalankan kebebasan beragama mereka juga telah terhapus," katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas Sempena Tahun Baru Cina 2017, di Kampung Sri Jaya, di sini.

Terdahulu, beliau turut mengadakan program sama dengan meraikan kira-kira 50 warga emas di Kelab Golf Maran.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat mengelakkan perselisihan faham dan perbalahan kaum dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan keamanan setempat, sekali gus keharmonian negara

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, berkata, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara, semua rakyat berhak mengamalkan kepercayaan beragama seta berhak budaya masing-masing.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai Dialog Orang Muda dan Belia dengan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak di Universiti Malaya, petang semalam, Ismail berkata, Program di Bawah Transformasi Nasional 2050 ini dapat memberi input segar yang mampu menjana pembangunan negara secara komprehensif.

"Program ini memberikan peluang kepada anak muda meluahkan pendapat dan berkongsi pengalaman secara terus kepada kerajaan. Sekali gus segala permasalahan bersabit golongan muda dapat diselesaikan dengan segera.

"Selain daripada memperoleh input daripada anak muda, program ini juga menjadi medium kerajaan menyampaikan dan memberitahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha membantu dan menggalakkan pembangunan anak muda.

"Seperti kata Perdana Menteri, negara kita tanggungjawab kita. Golongan muda perlu terlibat dan berganding bahu dalam mencapai matlamat ini," katanya.




Demikianlah Artikel [MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA

Sekianlah artikel [MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MARAN] SUMBANGAN BUAT WARGA EMAS SRI JAYA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/maran-sumbangan-buat-warga-emas-sri-jaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :