MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN

MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN
link : MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN

Baca juga


MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN

DAH PECAH TEMBELANG, MAHADHIR DAH KANTOI !!!
-Pak Karamu-
 
 
 
 MCA tidak pernah minta jawatan TPM
Najib
Najib
PORT DICKSON - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberi kepada parti itu seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata sepanjang beliau memegang jawatan nombor satu negara, tidak pernah sekalipun parti komponen BN itu meminta diberi jawatan nombor dua negara dan jawatan Menteri Kewangan.

"Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, dia kata MCA pula. Sejak saya jadi PM, tak pernah MCA minta jawatan TPM. Ini satu pembohongan.

"Saya nafikan dan saya minta MCA juga menafikan. MCA dah dapat tiga jawatan menteri pun dia dah berterima kasih. Jangan banyak sangat U-turn," kata Najib, yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai 'jaguh U-turn' kerana sering mengubah pendirian dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.

Najib berkata demikian dalam ucapan sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.

Dr Mahathir sebelum ini dilapor berkata DAP mahu jawatan Timbalan Perdana
Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Menerusi laman blognya pada Jumaat, bekas perdana menteri itu membuat pusingan U dengan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.

Berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, Najib bagaimana pun meminta rakyat supaya jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sering kali membuat pusingan U.

"Jangan dengar cakap pembangkang, negarawan kita dah cakap melalut sekarang. Dia cakap nak hapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang memberi hasil RM41 bilion.

"Mana nak dapat duit nak buat klinik, hospital? Bayangkan kesihatan minta, pelajaran minta, bagaimana nak dapat? Duit tak datang melayang mesti datang daripada sumber," katanya.

Najib berkata rakyat perlu faham bahawa pembangkang boleh berkata sesuka hati, dan sering membuat pusingan U apabila timbul masalah.

Terdahulu, perdana menteri berkata rakyat khususnya golongan belia di negara ini harus memiliki minda yang canggih, bertaraf dunia, pemikiran yang tidak bersempadan dan diisi dengan pengetahuan serta ilmu untuk bersaing di masa hadapan.    

"Tetapi kalau ilmu sahaja tidak berpaksi kepada akhlak, nilai dan budaya, akal sahaja tidak bermakna. Kita nak dua-dua sekali.    

"Kita mahu kukuh dalam nilai murni, kukuh dalam budaya dan sejarah kita sendiri...kukuhkan jati diri kita tetapi (perlu) mengantarabangsakan minda kita," katanya.   

Najib dalam pada itu menarik perhatian bahawa walaupun kaum India merupakan 7.4 peratus daripada penduduk Malaysia keseluruhan, namun mereka banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

"Kalau ikut sejarah, memang tidak dapat dinafikan masyarakat India memberi sumbangan besar dan kita perlu mengiktiraf sumbangan kaum India," katanya.     

Kelab Bell Belia Tamil Malaysia yang ditubuhkan pada 1956 memiliki 24,552 anggota dan 292 cawangan di seluruh negara dan diwujudkan bagi mempromosikan kebudayaan, kesenian serta bahasa Tamil.  
  
Pada majlis sambutan itu, Najib menyampaikan cek bernilai RM2.18 juta untuk pembangunan sekolah-sekolah Tamil di negeri ini yang diterima oleh Mohamad. - Bernama


Demikianlah Artikel MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN

Sekianlah artikel MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHADHIR BERBOHONG !!! MUNGKIN DAH TERSEPIT DIA TUDUH PULA ORANG LAIN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/mahadhir-berbohong-mungkin-dah-tersepit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :