Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki

Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki
link : Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki

Baca juga


Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki


ANKARA: Pelakon kontroversi, Lindsay Lohan, kembali menimbulkan spekulasi bahawa beliau sudah memeluk Islam selepas dilihat memakai tudung ketika mengadakan urusan perniagaan di Turki. 

Bintang Mean Girls, 30, itu dilihat memakai kot bulu dan tudung hitam menutupi rambutnya ketika meninggalkan pusat beli belah Istinye dengan sekumpulan lelaki. 

Bintang Hollywood itu turut mengenakan but baldu separas paha. 

Penampilannya itu disiarkan selepas beliau meninggalkan mesej 'alaikum salam' di akaun Instagramnya. 

Mesej yang bermaksud 'sejahtera kepada kamu juga' dalam bahasa Arab, menyebabkan ramai beranggapan aktres itu sudah memeluk Islam. 

"Saya gembira kerana Lindsay Lohan menemui Islam. Semoga Allah menunjukkan jalan dan merahmatinya," tulis seorang wanita dalam Twitter. 

Seorang lagi berkata: "Saya dengar Lindsay Lohan memeluk Islam. Jika benar, Alhamdulillah. Allah menunjukkan jalan yang benar kepadanya untuk diikuti." 

Lohan tidak pernah mendedahkan sama ada beliau sudah memeluk Islam atau sebaliknya, manakala tiada kenyataan dikeluarkan wakil artis itu bagi mengulas isu berkenaan. 

Beliau yang memilih untuk menyambut Tahun Baharu 2017 di Dubai, dilaporkan memeluk Islam sejak 2015 selepas dirakam memegang al-Quran di Brooklyn. 

Namun, ketika muncul dalam rancangan bual bicara di Turki, Haber Turk, lewat tahun lalu, Lohan menjelaskan ia adalah hadiah daripada rakannya. 

"Rakan rapat saya yang selalu berada dengan saya, di London ialah rakyat Arab Saudi dan memberikan saya al-Quran. 

Saya membawanya ke New York kerana sedang mempelajarinya. 

"Ia membuka pintu kepada saya mengalaminya secara rohani, mencari makna sebenar. Inilah saya," katanya. - AGENSI


Demikianlah Artikel Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki

Sekianlah artikel Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam', Pakai Tudung ketika di Turki dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/lindsay-lohan-terus-cetus-kontroversi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :