Judul : LEKA BERJALAN TENGOK HP, TERSEMBAM MASUK KOLAM
link : LEKA BERJALAN TENGOK HP, TERSEMBAM MASUK KOLAM
LEKA BERJALAN TENGOK HP, TERSEMBAM MASUK KOLAM
Gara-gara terlalu leka dengan telefon bimbit, seorang wanita terjatuh ke dalam kolam di sebuah pusat beli-belah di Beijing, China.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa berjalan sambil memandang telefon bimbit dan tidak menyedari terdapat sebuah kolam di tengah-tengah laluan pusat beli-belah tersebut.
Wanita malang itu dengan yakinnya melangkah dan tersadung pada tebing kolam itu sebelum kepalanya tersembam ke dalam kolam tersebut dan hilang di sebalik percikan air yang terhasil.
Beberapa saat kemudian, wanita itu dilihat bangkit dalam keadaan basah kuyup sambil menjinjit tas tangannya keluar dari kolam tersebut.
Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku selepas itu kerana laman yang memuat naik video tersebut tidak menyatakannya. Malah tarikh dan masa insiden itu berlaku juga tidak dinyataka.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita di negara itu dikenali sebagai Wang maut selepas terjatuh ke dalam sungai kerana terlalu leka menggunakan telefon bimbit.
Pesan kami, sentiasalah berhati-hati semasa menggunakan telefon bimbit, tengok-tengoklah persekitaran terlebih dahulu sebelum mata anda melekat di skrin telefon bimbit masing-masing.
Demikianlah Artikel LEKA BERJALAN TENGOK HP, TERSEMBAM MASUK KOLAM
Sekianlah artikel LEKA BERJALAN TENGOK HP, TERSEMBAM MASUK KOLAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LEKA BERJALAN TENGOK HP, TERSEMBAM MASUK KOLAM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/leka-berjalan-tengok-hp-tersembam-masuk.html