LAGI KES MERKURI TUMPAH

LAGI KES MERKURI TUMPAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LAGI KES MERKURI TUMPAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LAGI KES MERKURI TUMPAH
link : LAGI KES MERKURI TUMPAH

Baca juga


LAGI KES MERKURI TUMPAH


Lagi kes merkuri tumpah


Batu Kurau - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting mengambil masa hampir dua jam untuk membersihkan cecair merkuri dari termometer yang pecah di makmal Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Sajak, ​semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, pihaknya menerima panggilan kemasan pada jam 9.44 pagi dan sepasukan enam ​anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi.

Menurutnya, ketika tiba termometer yang pecah berserta merkuri masih berada di lantai makmal berkenaan dalam keadaan tidak disentuh.

“Kita mengarahkan semua kakitangan mengosongkan ruangan berkenaan supaya kerja pembersihan dapat dijalankan,” katanya.

Mohd Taufiq berkata, anggotanya memasuki makmal tersebut dengan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) lengkap berserta alat pernafasan dan menabur sulfur ke atas merkuri serta membiarkan seketika supaya kedua-dua bahan itu menyerap di antara satu sama lain.

“Sulfur bercampur merkuri itu disodok dan dimasukkan ke dalam plastik kemudian diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar sebelum kerja mencuci kawasan itu menggunakan cecair peluntur dilakukan, ​ hingga selesai.

“Tidak ada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dan operasi pembersihan selesai sepenuhnya pada jam 11.45 pagi dan makmal dibenarkan untuk digunakan selepas satu jam operasi tamat,” katanya.

Sementara itu, Bomba Kamunting juga menasihatkan orang awam agar segera menghubungi pihak bomba jika berlaku insiden tumpahan merkuri termometer kerana ianya memerlukan kerja-kerja pembersihan yang spesifik, wap merkuri juga bertoksik dan boleh meresap melalui liang roma dan menjadi racun dalam sistem tubuh badan manusia.




Demikianlah Artikel LAGI KES MERKURI TUMPAH

Sekianlah artikel LAGI KES MERKURI TUMPAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LAGI KES MERKURI TUMPAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/lagi-kes-merkuri-tumpah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :