Judul : [KUANTAN] KONKRIT RUNTUH, HEMPAP PERODUA KANCIL
link : [KUANTAN] KONKRIT RUNTUH, HEMPAP PERODUA KANCIL
[KUANTAN] KONKRIT RUNTUH, HEMPAP PERODUA KANCIL
Sebuah kereta Perodua Kancil dihempap konkrit penghadang tebing yang runtuk kira-kira jam 8 pagi tadi.
Kejadian yang berlaku di Lorong 22 Taman Bukit Bay Route Permai itu ketika hujan lebat disedari pemilik kenderaan berkenaan yang sebaik mendengar bunyi kuat dari luar rumah.
Pesara kerajaan, Shamsul Kamal Ahmad, 57, berkata, dia yang sedang berehat di bilik tidur tingkat dua dikejutkan dengan bunyi seakan guruh dalam jarak dekat.
Menurutnya, dia menjenguk keluar melalui tingkap untuk kepastian, tergamam apabila melihat kereta miliknya dihempap konkrit.
"Tak boleh nak kata apa, sebab benda sudah berlaku dan tidak sangka bunyi kuat macam guruh itu rupa-rupanya bunyi konkrit penahan tebing runtuh hempap kereta.
"Memang setiap hari kereta ini diletakkan di situ dan digunakan oleh anak untuk urusan harian.
"Konkrit ini runtuh mungkin sebab pergerakan tanah lereng bukit yang mendap kerana hujan lebat sejak awal pagi," katanya.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] KONKRIT RUNTUH, HEMPAP PERODUA KANCIL
Sekianlah artikel [KUANTAN] KONKRIT RUNTUH, HEMPAP PERODUA KANCIL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KONKRIT RUNTUH, HEMPAP PERODUA KANCIL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/kuantan-konkrit-runtuh-hempap-perodua.html