KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI

KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI
link : KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI

Baca juga


KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI


Tahan KSU tak mampu alih isu 'rasa berdosa' Bahri
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan tanpa mengira siapa pesalahnya.

Sehubungan itu kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, SPRM jangan hanya mudah mengambil tindakan terhadap penjawat awam tetapi membiarkan ahli politik berjawatan tinggi seperti kes SRC International terlepas begitu sahaja.

"Penahanan KSU kementerian tidak dapat mengalihkan pandangan kekecewaan ‘persaraan awal’ Bahri.

"Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah," kata Tuan Ibrahim menerusi Facebook miliknya.

Semalam, seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang bergelar 'Datuk' bersama anaknya ditahan SPRM bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Mereka ditahan reman tujuh hari bermula hari ini. Sebelum itu, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan beliau telah bersara daripada jawatannya kerana  kecewa dengan kes siasatan SRC International yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik. 

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," beliau dipetik sebagai berkata katanya kepada Sinar Online.



Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, tindakan menahan KSU yang terlibat rasuah itu tidak mampu mengalihkan isu sebenar persaraan awal Bahri yang menimbulkan persoalan tentang integriti SPRM.

“Undang-undang sarang labah-labah” dan perasaan kecewa yang diluahkan Bahri sempena persaraan awalnya tidak dapat ditutup dengan penahanan Ketua Setiausaha Umum sebuah kementerian atas dakwaan rasuah salah guna kuasa," katanya.

"Tindakan SPRM ini mengundang pelbagai soalan di minda rakyat. Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU, jikalau dakwaan Bahri itu benar? Apakah SPRM benar-benar bebas dalam melaksanakan tugasnya?," katanya lagi.


Demikianlah Artikel KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI

Sekianlah artikel KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KALAU MAIN DAM TAK SAMPAI HAJI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/kalau-main-dam-tak-sampai-haji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :