KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA

KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA
link : KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA

Baca juga


KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA

Pas mahu Islam memerintah
Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

ALOR SETAR - Pas perlu mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan Kelantan selain kembali  memerintah Terengganu dan Kedah, termasuk menerajui Selangor serta memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar  beroleh majoriti 112 kerusi namun Pas berasa bertanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah negara ini.

“Jika kita berjaya, baharulah Umno tidak angkuh atau sombong seperti dahulu, selain membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara,” katanya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, kelmarin.

Menurutnya, ketika itu Pas menjalin tahaluf siyasi bersama pembangkang hampir menumbangkan BN apabila memenangi 89 kerusi parlimen.  Pas  21 kerusi, PKR (30) dan DAP (38).

Katanya, wujud keadaan tidak seimbang dalam kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan Pas melakukan muraja’ah semula terhadap tahaluf siyasi.

“Mungkin ada yang tidak menyedari kedudukan 89 kerusi pembangkang itu. Ini perlu difahami,  daripada 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan untuk lakukan undi tidak percaya untuk ubah kerajaan,” katanya.

Menurutnya, dengan menambah 30 kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan sekali gus membentuk kerajaan baharu  dengan kedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.

“Pas bukan bersikap perkauman namun realiti di negara ini yang harus kita akur, Islam merangkumi 65 peratus, Cina (25 peratus) dan India serta lain-lain (10 peratus), ia Siyasah Syar’iyyah yang perlu difahami,” katanya.

Abdul Hadi berkata, adakah wajar bagi kerajaan diperintah oleh Islam dengan 39 kerusi, di mana kerusi bukan Islam memiliki jumlah yang lebih besar?

“Ini tidak tepat, asas bangunan apa yang kita mahu letak di atasnya? Mereka yang tidak faham itu menubuhkan Amanah, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukannya tanpa mempedulikan Islam,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Mahathir pernah melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya semata-mata mahu menyingkirkan Pas, apabila menjadikan jumlah pengundi mencecah 120,000 dalam satu parlimen di Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding di Johor sekitar 20,000 sahaja.

Mengenai pindaan Akta 355, Abdul Hadi berkata, pindaan pindaan adalah untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Katanya, isu melibatkan kepentingan umat Islam perlu diberikan lebih masa untuk difahami semua pihak.


Demikianlah Artikel KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA

Sekianlah artikel KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KALAU ISLAM MAHU MEMERINTAH WAJIB DISOKONG KALAU TAK MASUK NERAKA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/kalau-islam-mahu-memerintah-wajib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :