Judul : JIKA ADA BUKTI BUAT SAHAJA LAPORAN, JIKA TAK DE BUKTI DOK DIAM,
link : JIKA ADA BUKTI BUAT SAHAJA LAPORAN, JIKA TAK DE BUKTI DOK DIAM,
JIKA ADA BUKTI BUAT SAHAJA LAPORAN, JIKA TAK DE BUKTI DOK DIAM,
Bersatu jawab Pas isu skandal babit Tun M
Syed Saddiq Abdul Rahman
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan tiada bukti jelas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal BMF seperti mana didedahkan oleh agensi risikan Amerika Syarikat (AS).
Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekiranya diteliti pendedahan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menerusi laporan bertajuk 'The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia's Mahathir? secara sahih tidak menyabitkan mahupun menyatakan Mahathir terlibat dalam skandal tersebut.
"Frasa "circumstancial evidence suggests that the scandal extends to Mahathir's administration" (bukti yang mencukupi menunjukkan skandal meliputi pemerintahan Mahathir) di halaman tiga laporan tersebut dan "thus far no direct links have been established between Mahathir and the corruption at BMF" (sehingga kini masih belum ada kaitan antara Mahathir dengan korupsi di BMF) di halaman empat.
"Ini membuktikan bahawa tiada bukti jelas penglibatan Tun Mahathir Mohamad dan korupsi di BMF," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
"Tambahan pula, skandal tersebut berlaku di zaman Tun Hussein Onn, 1979.
Pada zaman Tun (Mahathir), Tun terpaksa menangani skandal BMF ini bersama sama dengan Tun Daim dengan menjualnya kepada Petronas bagi menyelesaikan masalah ini. Pada masa ini juga, segala siasatan dan dakwaan tidak di masuk campur oleh pihak pihak yang tertentu.
Sisatan diselesaikan malah tidak dihalang mahupun diberhentikan seperti skandal 1MDB," jelas Syed Saddiq lagi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan agar satu kertas siasatan ke atas Mahathir dibuka berikutan pendedahan terbaharu oleh CIA melibatkan pelbagai skandal di bawah pentadbiran Mahathir.
Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ianya bukan sahaja cantuman daripada begitu banyak kerugian pada masa lalu semata-mata.
Oleh itu ujar, Nurul Islam, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, isu BMF mempunyai jurang yang begitu banyak dengan skandal 1MDB.
"Skandal ini bermula pada tahun 1979-1983 di mana RM 2.3 billion diselewengkan pada masa Tengku Razeleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan (kini: MP Gua Musang), Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan dan merangkap sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri," katanya.
"Mereka termasuklah bekas Pengarah Eksekutif BBMB, Datuk Hashim Samsudin, bekas Pengerusi BBMB Lorraine Esme Osman dan bekas pengarah gantian BBMB, Dr Rais Saniman," katanya.
Namun katanya, "skandal 1MDB baru-baru ini di mana lebih RM2.6 billion diselewengkan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB di mana beliau mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap 1MDB tidak didakwa malah siasatan dalam negara dihentikan. Kes ditutup."
Katanya lagi, ini sangat berbeza jika dibandingkan bagaimana Mahathir dan Najib mengendalikan dua skandal ini.
"Sebuah Jawatankuasa Penyiasatan Khas (Special Investigation Comittee) telah ditubuhkan dan segala laporan didedahkan kepada orang awam. Akan tetapi skandal 1MDB kerajaan Najib tidak menubuhkan sebarang Jawatankuasa Penyiasatan Khas yang bebas daripada selia kuasa beliau.
"Tun Mahathir menyelesaikan skandal ini demi rakyat. Najib mencipta skandal demi kepentingan peribadi beliau dan akhirnya menjerat rakyat Malaysia dalam skandal beliau sendiri," dakwanya lagi dalam kenyataan sama.
Malah Syed Saddiq dengan nada sinis berkata, jika kita mampu mengiktiraf laporan CIA yang jelas tiada mengemukakan bukti terhadap Mahathir, "mengapa pula tidak mahu mengiktiraf sama laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) yang terang-terangan menunjukkan bukti skandal 1MDB?,"katanya.
"Persoalannya, mengapa isu ini dibangkitkan hanya selepas 30 tahun? Biar rakyat yang menilai," akhirinya.
Demikianlah Artikel JIKA ADA BUKTI BUAT SAHAJA LAPORAN, JIKA TAK DE BUKTI DOK DIAM,
Sekianlah artikel JIKA ADA BUKTI BUAT SAHAJA LAPORAN, JIKA TAK DE BUKTI DOK DIAM, kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JIKA ADA BUKTI BUAT SAHAJA LAPORAN, JIKA TAK DE BUKTI DOK DIAM, dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/jika-ada-bukti-buat-sahaja-laporan-jika.html