Judul : INSYA ALLAH KITA DAPAT SEBAB KITA MOHON
link : INSYA ALLAH KITA DAPAT SEBAB KITA MOHON
INSYA ALLAH KITA DAPAT SEBAB KITA MOHON
Pas rayu DBKL, tetap mahu himpun di Dataran Merdeka
Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR – Pas hari ini mengemukakan rayuan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya membenarkan Dataran Merdeka sebagai lokasi penganjuran Himpunan RUU355.
Pengerusi Sekreteriat Himpunan RUU355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak DBKL perlu faham himpunan tersebut merupakan satu himpunan aman dan penganjurannya tidak akan menjejaskan sikap hormat-menghormati antara kaum di negara ini.
“Kami telah menerima surat dari DBKL bertarikh 13 Januari lalu yang menolak permohonan kami bagi mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.
“Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak. Pihak kami membuat rayuan bagi meneruskan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, himpunan itu perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia satu himpunan sejarah rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan.
“Sekretariat memberi jaminan bahawa himpunan ini akan menyerlahkan bentuk himpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman,” katanya lagi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas ajak menteri sertai Himpunan 355]
Untuk makluman pihak DBKL katanya lagi, pihaknya juga akan menyediakan 2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan itu berjalan sebagaimana yang dirancang.
“Pihak kami menggesa agar DBKL dapat menimbang semula permohonan kami, dan pihak kami akan memastikan perjalanan himpunan akan berjalan dengan penuh tertib dan tenang,” ujarnya.
Demikianlah Artikel INSYA ALLAH KITA DAPAT SEBAB KITA MOHON
Sekianlah artikel INSYA ALLAH KITA DAPAT SEBAB KITA MOHON kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel INSYA ALLAH KITA DAPAT SEBAB KITA MOHON dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/insya-allah-kita-dapat-sebab-kita-mohon.html