Judul : HILANG SEJAK ISNIN: KEHILANGAN QASEH MASIH DISIASAT
link : HILANG SEJAK ISNIN: KEHILANGAN QASEH MASIH DISIASAT
HILANG SEJAK ISNIN: KEHILANGAN QASEH MASIH DISIASAT
Kota Tinggi - Pihak Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan, Qaseh Qumairah Damia Abdullah, 8, yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar bermain di sekitar kediaman neneknya di Taman Saujana di sini pada 23 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika kanak-kanak berkenaan keluar bersama adik lelaki dan seorang rakan mereka.
Menurutnya, keluarga hanya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan apabila adik lelakinya yang berusia tujuh tahun pulang ke rumah bersendirian.
Katanya, ibunya turut menghubungi bekas suami namun lelaki berkenaan menyatakan tidak memiliki sebarang maklumat berkaitan kanak-kanak berkenaan sebelum wanita terbabit kemudian melaporkan kejadian kepada pihak polis.
"Operasi mencari juga dijalankan di lokasi berhampiran kanak-kanak berkenaan bermain termasuk dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Bagaimanapun hingga kini kanak-kanak berkenaan masih gagal ditemui," katanya.
Terdahulu, kehilangan kanak-kanak berkenaan turut menjadi tular di media sosial Facebook dan WhatsApp.
Demikianlah Artikel HILANG SEJAK ISNIN: KEHILANGAN QASEH MASIH DISIASAT
Sekianlah artikel HILANG SEJAK ISNIN: KEHILANGAN QASEH MASIH DISIASAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HILANG SEJAK ISNIN: KEHILANGAN QASEH MASIH DISIASAT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/hilang-sejak-isnin-kehilangan-qaseh.html