GIATMARA BAIKI 39 RUMAH

GIATMARA BAIKI 39 RUMAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GIATMARA BAIKI 39 RUMAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GIATMARA BAIKI 39 RUMAH
link : GIATMARA BAIKI 39 RUMAH

Baca juga


GIATMARA BAIKI 39 RUMAH


GiatMara baiki 39 rumah usang


Alor Setar - GiatMara melalui Program Bantuan Rumah (PBR) kini membantu membaiki dan menaiktarafkan 39 kediaman penduduk kurang berkemampuan di Parlimen Kuala Kedah.

Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin berkata, kira-kira 19 kediaman di kawasan itu telah diluluskan dan peruntukan sebanyak RM114,000 disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menurutnya, setakat ini, kerja membaiki dan menaik taraf 10 kediaman penduduk di beberapa kawasan, seperti Kampung Kubang Jawi, Kampung Hilir, Telok Bagan, Padang Raja sehinggalah Telok Chengai telah siap dilaksanakan.

“Manakala, sembilan kediaman lagi dijangka menyusul dan akan siap dibaiki dalam bulan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian dalam lawatan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GiatMara ke Program Bantuan Rumah (PBR) Parlimen Kuala Kedah, di Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Naib Ketua Umno Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Harun dan Pengarah GiatMara Kedah, Syed Rijalluddin Syed Ibrahim.

Abdullah Hasnan berkata, GiatMara akan melakukan siasatan ke atas 20 kediaman lagi, sebelum membuat penilaian jumlah peruntukan diperlukan untuk membaiki ataupun menaiktarafkan rumah penduduk terlibat itu.

"GiatMara hanya mengambil tempoh kurang dari sebulan untuk menyiapkan kerja membaiki dan menaiktarafkan kediaman penduduk yang dicadangkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Setiap hari, JKKK akan membuat tinjauan di kawasan masing-masing demi mencari penduduk memerlukan pertolongan, sebelum mengusulkan nama penduduk berkaitan untuk mendapatkan bantuan bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, CEO GiatMara, Jamal Nasir Othman berkata, sebahagian kediaman yang dibaiki dan dinaiktarafkan melalui PBR Parlimen Kuala Kedah untuk fasa pertama dijangkakan siap dalam tempoh seminggu lagi.

"Selepas itu, pihak GiatMara akan memulakan fasa kedua kerja-kerja tersebut," katanya.

Penduduk, Bakar Mat, 69, berkata, bumbung rumah didiami bersama isterinya berlubang sehingga air masuk ke dalam rumah.

Katanya, dia berterima kasih kerana masalah dialami mereka sekeluarga selama ini selesai atas keprihatinan diberikan JKKK, Umno Bahagian Kuala Kedah dan GiatMara.




Demikianlah Artikel GIATMARA BAIKI 39 RUMAH

Sekianlah artikel GIATMARA BAIKI 39 RUMAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GIATMARA BAIKI 39 RUMAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/giatmara-baiki-39-rumah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :