Judul : Gesa tubuh suruhanjaya pantau jual beli aset Felda
link : Gesa tubuh suruhanjaya pantau jual beli aset Felda
Gesa tubuh suruhanjaya pantau jual beli aset Felda
Felda
SHAH ALAM - Pas menggesa kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya bebas bagi memantau cadangan penjualan aset milik Felda.
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas, Naraza Muda berkata, langkah itu penting sejajar dengan cadangan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang akan melaksanakan langkah penjualan asetnya di dalam dan luar negara secara agresif tahun ini.
"Hal Ehwal Felda Pas mencadangkan agar pihak kerajaan segera membuat penyiasatan terbuka oleh pihak berwajib dan menubuhkan Suruhanjaya bebas diangotai tokoh-tokoh yang diyakini rakyat untuk memantau cadangan penjualan aset ini serta menyiasat setelusnya urusniaga ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Katanya lagi, dalam pada itu pihaknya berharap supaya anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) juga turut disiasat.
"Kami tidak mahu mereka yang menguruskan FIC terlepas dari kesalahan di atas tindakan mereka sebelum ini membuat keputusan pelaburan dan pembelian aset yang menimbulkan masalah.
“Sepertimana disahkan oleh Tan Sri Shahrir dengan menyifatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada 'aset bermasalah' yang kini dimiliki FIC," katanya.
Demikianlah Artikel Gesa tubuh suruhanjaya pantau jual beli aset Felda
Sekianlah artikel Gesa tubuh suruhanjaya pantau jual beli aset Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gesa tubuh suruhanjaya pantau jual beli aset Felda dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/gesa-tubuh-suruhanjaya-pantau-jual-beli.html