Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM

Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM
link : Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM

Baca juga


Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM

 FMT| January 25, 2017
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan perlu diangkat ke aras baru.
mahathir
PUTRAJAYA: Keputusan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS akan ditentukan selepas 2 Februari, kata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.

PPBM memaklumkan perkara itu selepas seorang pemimpin kanan PAS minggu ini membidas Dr Mahathir, menggelarnya “angkuh” dan “diktator”.
Pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, Dr Mahathir berkata sesetengah pemimpin PAS berhasrat mensabotaj kerjasama antara mereka.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki turut pemimpin PPBM itu.

Nasrudin menyifatkan Dr Mahathir “angkuh” dan “diktator” kerana kecewa dengan keengganan PAS menyertai pakatan pembangkang, sementara Zuhdi berkata perkara yang sama.
Meskipun dikecam, Dr Mahathir berkata perbincangan dengan PAS masih diteruskan dan pertemuan akhir akan diadakan pada 2 Februari ini.

PPBM akan membuat keputusan berhubung kerjasama dengan PAS selepas itu.
“Perjumpaan akan diketuai oleh timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menentukan pendirian PAS. Sebelum itu, kita tidak akan kata apa-apa sehingga rundingan itu tamat.
“Sama ada PAS masuk atau pun tidak, penyertaan kita bersama pembangkang akan dibuat secara rasmi,” katanya, merujuk kepada kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan.

Mukhriz pada sidang media itu berkata PPBM menyerahkan draf rangka perjanjian kerjasama kepada PAS dalam perbincangan terdahulu, dan parti Islam itu akan memberikan maklum balas pada mesyuarat akan datang.
Proses yang sama digunakan dalam usaha membina kerjasama antara PPBM dan PH.

Bercakap kepada FMT, Mukhriz berkata PPBM-PH dan kerjasama yang dihasratkan dengan PAS itu akan bergerak seiring, ketika ditanya cara kerjasama dengan parti Islam itu akan dilakukan memandangkan PAS tidak mahu berpakat dengan DAP dan Amanah.

Beliau menambah perbincangan antara PPBM dan PAS tidak melibatkan rakan pakatan parti Islam itu, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Sementara itu, Dr Mahathir berkata PPBM akan membuat beberapa cadangan bagi menunjukkan perpaduan pembangkang, termasuk logo dan manifesto bersama, diikuti perbincangan kerusi pilihan raya.

Beliau menambah semua parti pembangkang mesti sedia mengorbankan pendirian dan matlamat tertentu demi menjayakan kerjasama pilihan raya.
“Dalam BN pun macam itu juga. Dalam gabungan parti ini ada perkara dalam dasar perjuangan parti komponen yang kita tidak setuju.

“Yang utama bagi kita ialah menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak. Soal perjuangan khas setiap parti akan diambil kira kemudian.”
Sementara itu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama dengan PH perlu diangkat ke aras baru.

“Yang penting ketika ini untuk bergerak ke hadapan, contohnya urusetia bersama bagi menentukan bidang kerja untuk menghadapi pilihan raya dan kekerapan mesyuarat majlis presiden bagi membincangkan perkara pokok dan pendirian bersama.”

Ahad lepas, Dr Mahathir berkata PAS sudah kehabisan masa dalam perbincangan kerjasama pilihan raya antara parti pembangkang


Demikianlah Artikel Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM

Sekianlah artikel Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/dr-m-2-februari-penentu-kerjasama-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :