CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI

CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI
link : CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI

Baca juga


CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI


Anggota penguat kuasa JHEAT sedang menyoal siasat pasangan kekasih ini selepas rumah disewa mereka d


Kuala Terengganu - Terlalu ‘taksub’ dengan cinta, seorang gadis sanggup membiarkan diri dinodai oleh lelaki yang dikenali tidak sampai tempoh setahun dalam laman sosial ‘Wechat’ sehingga mengandung.

Gadis berusia 23 tahun dan berasal dari Marang, bagaimanapun cuba menyembunyikan kandungannya yang sudah berusia lapan bulan daripada pengetahuan ahli keluarga dengan menyewa sebuah rumah di Kuala Ibai, di sini.

Dia yang tidak bekerja itu mengambil keputusan berani tinggal bersama-sama kekasihnya, 22, yang juga berasal dari Marang dan bekerja sebagai pembancuh air di sebuah restoren di sini.

Namun, ‘lakonan’ pasangan kekasih yang berlagak seperti suami isteri itu akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa sebelum kediaman disewa mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 2.25 pagi semalam.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, sebelum ini, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang mencurigai status hubungan pasangan tersebut meskipun keadaan gadis itu yang sedang mengandung.

“Pasangan kekasih ini berkemungkinan menganggap keadaan si gadis yang sedang sarat mengandung menjadi ‘pakej’ utama untuk mengaburi mata masyarakat sekeliling.

“Disebabkan itu, mereka berani tinggal sebumbung dalam tempoh yang agak lama meskipun tanpa sebarang ikatan sah,” katanya ketika dihubungi.

Wan Mohd berkata, siasatan awal, pasangan ini mengaku sepanjang tempoh perkenalan mereka yang tidak sampai setahun, pernah beberapa kali terlanjur di rumah si lelaki sehinggalah si gadis itu mengandung.

“Pasangan itu juga mendakwa kononnya mereka berhasrat untuk berkahwin sejurus selamat melahirkan anak yang dijangka pada hujung bulan depan.

“Jadi demi menutup rahsia daripada pengetahuan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, mereka mendakwa mengambil keputusan menyewa rumah yang agak jauh daripada tempat tinggal masing-masing buat sementara,” katanya.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.




Demikianlah Artikel CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI

Sekianlah artikel CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CUBA BERLAGAK SEPERTI SUAMI ISTERI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/cuba-berlagak-seperti-suami-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :