China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz

China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz
link : China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz

Baca juga


China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz


Jumaat – China didakwa akan menjadikan pelaburan di negara ini sebagai usaha untuk menguasai Selat Melaka yang sangat penting dan menjadikan Malaysia kuda tunggangannya, kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan masalah peribadinya dengan membawa masuk pelaburan dari China, mendedahkan negara kepada perebutan kuasa-kuasa besar.
“Dasar kerajaan Malaysia daripada dahulu adalah berkecuali, kita adalah anggota aktif dalam Gerakan Negara-Negara Berkecuali dan tidak memihak kepada Barat, China atau Russia. Sebelum ini Malaysia berada di tengah-tengah yang boleh berurusan dengan semua pihak, tetapi sekarang ini kita terang-terang cenderung kepada China dan itu mengundang bahaya.
“Selat Melaka sangat penting, niat negara China sebenarnya adalah untuk mengawal dan kuasainya dan Malaysia hanya menjadi kuda tunggangan,” katanya memetik laporan Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, China melancarkan projek One Belt One Road (OBOR) yang menggabungkan Silk Road Eonomic Belt dan 21st Century Silk Road atau gabungan Laluan Sutera serta laluan laut merentasi dari China ke Asia Tenggara hingga ke pantai Timur Afrika.
Pelaksanaan OBOR di Malaysia rancak dilaksanakan, seperti pemilikan hartanah pada skala besar, kelulusan pembinaan kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura (sebahagian daripada projek OBOR ini akan menghubungkan Kunming di China hingga ke Singapura), pemilikan pelabuhan seperti di Kuantan dan pembinaan Universiti Xiamen di Sepang.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, China menggunakan pelaburan sebagai satu bentuk penjajahan alaf baru.
“Negara seperti Sri Lanka, Pakistan dan Afrika yang terhimpit dengan konflik perang, keadaannya sebelum itu sama dengan Malaysia ketika ini. China membina pelabuhan ataupun lapangan kapal terbang dengan kos besar hingga tanggungan hutang itu tidak terbayar oleh sesebuah negara.
“Akhirnya diambil alih dan kemudian dituntut macam-macam. Pelabuhan yang sepatutnya untuk perdagangan tiba-tiba kapal tentera yang melabuh,” katanya.aka.
Mukhriz berkata, Barisan Nasional (BN) sebenarnya dalang kepada perpecahan yang menggugat kedaulatan negara
“Sambil-sambil UMNO menuduh kita kononnya ingin menyerahkan kuasa kerajaan kepada DAP, tetapi dalam sama merekalah yang membuka pintu seluas-luasnya kepada negara asing.
“Dalam masa sama jangan ada orang salah faham dengan segaja lontarkan fitnah dan timbulkan rasa marah kerana kita kononnya anti-China. Bukan begitu, tetapi ia berkaitan Najib yang gadaikan negara,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz

Sekianlah artikel China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/china-mahu-kuasai-selat-melaka-jadikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :