Judul : buli, salah asuhan
link : buli, salah asuhan
buli, salah asuhan
Buli: Cari punca sebenar
Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mencari punca sebenar masalah buli yang berlaku kepada sesetengah pelajar sekolah di negara ini.
Melahirkan kebimbangan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyelesaian harus difikirkan segera sebelum gejala buli menjadi kebiasaan dalam dunia pelajar sekolah.
“Dasar dan sistem pendidikan di negara ini harus disemak dan dikaji semula. Pihak guru tidak harus dipersalahkan 100 peratus dalam kes melibatkan buli.
“Kesalahan tidak boleh diletakkan kepada guru sahaja. Semua pihak sebaliknya perlu memainkan peranan dalam hal ini,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan rasa kesal berhubung kes buli yang semakin berleluasa.
Nurul Izzah berkata, sehingga kini masih terdapat kes buli yang dianggap terlepas dari menerima hukuman atau pembalasan dari pihak sekolah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah kesal buli masih berleluasa]
Kementerian dalam masa sama turut dinasihat mengkaji semula kewujudan dan keberkesanan sekolah pemulihan akhlak yang beroperasi di seluruh negara.
“Isu buli adalah isu yang retorik. Setiap masa isu ini berbangkit. Kementerian perlu buat penilaian sejauh mana keberkesanan terhadap sekolah pemulihan akhlak di negara kita.
“Kita tak nak bila mereka (pelajar bermasalah) dikumpulkan dalam satu tempat, mereka bukannya berubah menjadi baik, sebaliknya membentuk pengaruh yang tidak baik di kalangan mereka,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel buli, salah asuhan
Sekianlah artikel buli, salah asuhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel buli, salah asuhan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/buli-salah-asuhan.html