BANJIR SEMAKIN PULIH

BANJIR SEMAKIN PULIH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BANJIR SEMAKIN PULIH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BANJIR SEMAKIN PULIH
link : BANJIR SEMAKIN PULIH

Baca juga


BANJIR SEMAKIN PULIH

Banjir Kelantan, Terengganu, Sabah semakin pulih
Banjir
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir semakin baik dengan jumlah mangsa di ketiga-tiga negeri yang terlibat berkurangan setakat petang ini.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan adalah seramai 13,496 orang pada petang ini berbanding 14,132 orang tengah hari tadi, manakala jumlah mangsa di Terengganu berkurang kepada 2,576 daripada 4,174 orang pada tengah hari tadi.

Bagi daerah Pitas, Sabah, banjir hampir pulih dan jumlah mangsa hanya tinggal 178 orang berbanding 214 pada tengah hari tadi.

Di Kelantan, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kelantan Zainuddin Hussin berkata jumlah mangsa banjir tertinggi masih di Pasir Mas iaitu 10,127 orang (3,763 keluarga), diikuti Tumpat seramai 3,308 orang (1,047 keluarga).

Kota Bharu mencatatkan 50 mangsa daripada 12 keluarga dan Machang merekodkan 11 orang daripada sebuah keluarga.

Sebanyak 38 pusat pemindahan dibuka di negeri itu.
Di Terengganu, jumlah mangsa tertinggi adalah di Dungun dengan 812 orang (212 keluarga), diikuti Hulu Terengganu seramai 625 orang (175 keluarga),

Kemaman 437 orang (116 keluarga ), Kuala Terengganu 401 orang (99 keluarga), Setiu 234 orang (50 keluarga), Marang 39 orang (13 keluarga) dan Besut 28 orang (sembilan keluarga).
Mangsa ditempatkan di 34 pusat pemindahan.

Di Sabah, mangsa banjir di daerah Pitas berkurang kepada 178 orang (49 keluarga) setakat 5 petang tadi, berbanding 214 daripada 66 keluarga tengah hari tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kol. Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata 168 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom dan 10 di SK Pekan 2 Pitas.

Empat daripada 16 buah kampung yang terjejas banjir di daerah berkenaan telah pulih daripada bencana tersebut iaitu Kampung Bilangau Besar, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Pinggan-Pinggan dan Kampung Indah.

Kejadian banjir mengakibatkan 72 buah sekolah di Kelantan dan Terengganu dan 10 di Sabah ditutup hari ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah yang ditutup akibat banjir tidak perlu mengganti hari persekolahan kerana dianggap sebagai cuti darurat kecemasan banjir. - Bernama


Demikianlah Artikel BANJIR SEMAKIN PULIH

Sekianlah artikel BANJIR SEMAKIN PULIH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BANJIR SEMAKIN PULIH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/banjir-semakin-pulih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :