Judul : Abang Johari: Najib beritahu, Umno tak akan masuk Sarawak
link : Abang Johari: Najib beritahu, Umno tak akan masuk Sarawak
Abang Johari: Najib beritahu, Umno tak akan masuk Sarawak
Ketua menteri Sarawak berkata perdana menteri memberitahunya yang sekutu Umno sudah cukup kuat di negeri itu.
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminannya kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg yang Umno tidak akan masuk Sarawak kerana parti komponen BN tempatan kuat di negeri itu.
Abang Johari berkata demikian kepada pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ketika mesyuarat majlis tertinggi parti itu hari ini.
Menurut sumber yang turut hadir di mesyuarat itu, Abang Johari juga menafikan akan bergabung dengan Umno dan berkata ramai memburukkannya di media sosial.
“Ramai yang mengaitkan saya dengan Umno. Dan ada yang kata saya akan bawa Umno ke Sarawak.
“Ini semua kesan media sosial, yang mengatakan saya akan membawa Umno ke Sarawak.
“Di sini, saya hendak tekankan yang Umno tidak akan masuk Sarawak. Saya sudah memberitahu PM perkara ini ketika bertemu dengannya semalam.
“PM Najib beritahu saya tidak perlu Umno masuk Sarawak kerana PBB dan komponen BN yang lain lebih kuat di sini,” katanya.
Sementara itu, dalam mesyuarat majlis tertinggi hari ini, Abang Johari membuat pengumuman yang mengejutkan iaitu pemimpin veteran Alfred Jabu Numpang, 77, akan melepaskan jawatannya sebagai timbalan presiden parti.
Alfred Jabu, yang juga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Tun Abdul Taib Mahmud, mengetuai sayap Pesaka, yang kebanyakannya terdiri daripada pemimpin Iban dan Bidayuh.
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Douglas Uggah Embas akan mengisi kekosongan jawatan itu sebagai pemangku timbalan presiden.
Alfred Jabu juga tidak bertanding dalam pilihan raya negeri pada Mei tahun lalu.
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Awang Tengah Ali Hassan juga dilantik sebagai pemangku timbalan presiden PBB, mengambil tempat yang dikosongkan Abang Johari.
FMT
Demikianlah Artikel Abang Johari: Najib beritahu, Umno tak akan masuk Sarawak
Sekianlah artikel Abang Johari: Najib beritahu, Umno tak akan masuk Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Abang Johari: Najib beritahu, Umno tak akan masuk Sarawak dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/abang-johari-najib-beritahu-umno-tak.html