4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI

4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI
link : 4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI

Baca juga


4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI


Jangan membuang undi


Shah Alam - Seramai 4.2 juta rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana jumlahnya besar dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

“Perkara yang menjadi kebimbangan SPR kini ialah generasi muda yang tidak mendaftar mengundi dan juga generasi yang tidak keluar mengundi.

“Mengundi ini satu tanggungjawab penting terhadap negara tetapi kenapa ramai yang tidak melakukannya?,” soalnya, semalam.

Sebelum ini, laporan menunjukkan ramai golongan muda terdiri daripada mahasiswa tidak mendaftar sebagai pemilih, malah 40 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang layak mengundi adalah generasi muda.

Sementara itu, beliau turut meminta rakyat supaya tidak salah faham dan mengaitkan SPR dengan politik di negara ini.

“Jika tidak setuju dengan mana-mana parti sekalipun, yang pentingnya ialah mendaftar dan juga keluar mengundi ketika PRU.

“Selain itu, kami di SPR ingin menegaskan bahawa jika rakyat menyokong parti mana pun, itu bukan menjadi kepentingan kami, tetapi yang kami pentingkan ialah jumlah yang keluar mengundi," katanya.

Dalam pada itu katanya, mesej yang tular di media sosial mengenai pendaftaran mengundi sebelum 30 September tahun lalu, berjaya menarik pendaftar baharu walaupun mesej itu tidak benar.

“Ketika isu ini menjadi tular di media sosial, jumlah rakyat yang mendaftar pemilih sangat ramai. Malah rakyat di luar negara juga turut sama berbuat demikian.

“Dianggarkan lebih 500,000 jumlah pendaftaran mengundi yang kami terima sebelum berakhirnya tarikh tersebut,” katanya.




Demikianlah Artikel 4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI

Sekianlah artikel 4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4.2 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAFTAR UNDI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/42-juta-rakyat-malaysia-masih-belum.html

Subscribe to receive free email updates: