Judul : UMNO Terengganu 'WARNING' Najib: Jangan YAKIN Sangat, PAS suka Tukar 'FATWA' bila-bila masa
link : UMNO Terengganu 'WARNING' Najib: Jangan YAKIN Sangat, PAS suka Tukar 'FATWA' bila-bila masa
UMNO Terengganu 'WARNING' Najib: Jangan YAKIN Sangat, PAS suka Tukar 'FATWA' bila-bila masa
KUALA TERENGGANU - Umno tidak perlu terlalu yakin Pas akan bergerak bersendirian sebagai blok ketiga sehingga PRU14.
Penceramah Umno Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, pendirian Pas tidak boleh dijangka kerana parti itu didakwa bila-bila masa sahaja akan menukar ‘fatwa’ sesuai dengan suasana politik dalam partinya.
Menurutnya, suatu waktu dahulu Pas pernah mengkritik gabungan Umno dengan MCA dan MIC dalam BN tetapi kemudian membolehkan partinya sendiri bekerjasama dengan DAP sebelum ini, walaupun DAP jelas menolak perjuangan Islam dibawa Pas.
“Umno jangan harap Pas tidak ikut serta dalam Pakatan Harapan kerana Pas boleh menukar fatwa bila-bila masa. Dia (fatwanya) selalu bertukar dan dia tahu pengikutnya akan mengikutinya. Dulu mengata Umno kerana bergabung dengan MCA dan MIC tetapi dia boleh pula bergabung dengan DAP.
“Mula-mula kata boleh atas ‘tahalluf siyasi’ kemudian tidak boleh pula. Sekarang ini ada ‘ta’awun’ pula,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata, Umno perlu berwaspada kerana gambaran itu juga jelas melalui kenyataan positif pemimpin-pemimpin Pas berhubung perlawanan satu lawan satu pada PRU akan datang bagi menumbangkan Umno dan BN.
Mengulas lanjut katanya, Umno perlu memberi tumpuan khususnya penyatuan dalaman Umno sebagai kunci penting untuk pastikan kelangsungan parti itu dalam perkukuh kedudukannya pada PRU14 akan datang.
Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Umno Kuala Nerus berkata, ia perlu dijadikan asas kekuatan di semua peringkat untuk pastikan semua pihak mampu memberi kerjasama padu dalam memperkuat parti.
Keadaan ini katanya, perlu diberi fokus lebih-lebih lagi Umno berdepan cabaran dengan tindakan segelintir pemimpinnya berpaling tadah dengan menyertai Bersatu.
Beliau juga berkata, kelemahan pihak lain tidak perlu diberi perhatian tetapi Umno boleh menganggapnya sebagai bonus, namun diingatkan tidak bergantung penuh terhadap perpecahan khususnya Pakatan Harapan. - SH
Demikianlah Artikel UMNO Terengganu 'WARNING' Najib: Jangan YAKIN Sangat, PAS suka Tukar 'FATWA' bila-bila masa
Sekianlah artikel UMNO Terengganu 'WARNING' Najib: Jangan YAKIN Sangat, PAS suka Tukar 'FATWA' bila-bila masa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Terengganu 'WARNING' Najib: Jangan YAKIN Sangat, PAS suka Tukar 'FATWA' bila-bila masa dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/umno-terengganu-warning-najib-jangan.html