Tumor seberat 12kg berjaya dibuang

Tumor seberat 12kg berjaya dibuang - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tumor seberat 12kg berjaya dibuang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tumor seberat 12kg berjaya dibuang
link : Tumor seberat 12kg berjaya dibuang

Baca juga


Tumor seberat 12kg berjaya dibuang

 Tumor seberat 12kg berjaya dibuang
Sebelum dan selepas pembedahan
TAPLEJUNG - NEPAL. Seorang lelaki berasa seperti dilahirkan semula selepas tumor yang tumbuh di mukanya seberat 12kg berjaya dibuang.

Sejak berusia 12 tahun, Krishna Prasad Bhattarai,60, dari Taplejung, timur Nepal mengalami Neurofibromatosis di mana tumor tumbuh di sepanjang saraf.
Keadaan ini menyebabkan dia hidup dengan tumor gergasi yang terjuntai di mukannya yang membesar malah menyamai berat kanak-kanak.

Sebelum ini, dia diberitahu doktor bahawa tumor itu tidak boleh dibuang.
Namun, Dr Jaswan Shakya dari Hospital Sushma Koirala, Kathmandu membantu melakukan pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.

"Saya mempunyai ramai pesakit yang mempunyai ketumbuhan kecil di muka, namun ia tidak sebesar ini.
"Saya benar-benar terkejut ketika melihatnya pada mulanya. Saya pernah melakukan pembedahan membuang tumor selama bertahun tahun tetapi ia adalah tumor terbesar yang pernah saya lihat di Nepal," kata Dr Jaswan dipetik Mirror.uk.
Tumor pertama yang mula tumbuh di kepala Krishna ketika berumur 12 tahun dan mula membesar sehingga terjuntai di mukanya.

Akibatknya dia tidak berkahwin dan sukar memperoleh pekerjaan.
Bagaimanapun, Krishna lega selepas ia berjaya dibuang dalam pembedahan yang berlangsung selama tujuh jam.
"Ia seperti kelahiran semula bagi saya, saya pernah berasa benci melihat diri sendiri di cermin dan tiada siapa yang mahu bercakap dengan saya dan kini kehidupan sangat berbeza.

"Hidup saya telah berubah secara drastik selepas pembedahan.
"Saya amat berterima kasih kepada doktor kerana membantu saya. Dia telah memberikan saya kehidupan yang baru." ujarnya.


Demikianlah Artikel Tumor seberat 12kg berjaya dibuang

Sekianlah artikel Tumor seberat 12kg berjaya dibuang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tumor seberat 12kg berjaya dibuang dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/tumor-seberat-12kg-berjaya-dibuang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :