[TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair

[TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair
link : [TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair

Baca juga


[TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair


1. Kita lihat banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan setelah dijajah, memilih sistem demokrasi. Malaysia juga demikian. Tetapi sementara di Malaysia pilihanraya dapat menentukan parti yang akan mendiri Kerajaan, di kebanyakan negara lain pilihanraya hanya menghasilkan Kerajaan otokratik.

2. Sebabnya ialah banyak penipuan berlaku dalam pilihanraya sehingga keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.

3. Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihanraya. Diantaranya ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahara.

4. Dengan tambahan sedikit sahaja pengundi dari kawasan kubu kepada kawasan kalah, kemenangan mudah dicapai.

5. Sogokan wang dan barangan juga boleh menentu kemenangan. Biasanya dibuat secara rahsia kerana ia menyalahi undang-undang, tetapi jika Kerajaan boleh menghalang segala tindakan undang-undang terhadapnya, sogokan boleh dibuat secara terbuka oleh parti Kerajaan. Jika ada laporan dan dakwaan bahawa sogokan telah berlaku, ketua polis dan pendakwa raya boleh mengenepi atau menutup dakwaan itu. Mahkamah tidak akan dapat mendengar kes itu.

6. Mungkin juga orang yang membuat laporan dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah. Setelah ini berlaku tiada akan ada lagi sesiapa yang akan membuat laporan.

7. Orang asing juga boleh diguna untuk mengundi parti yang berkuasa. Katakanlah terdapat ramai orang asing yang berada dalam negara kerana sebab-sebab tertentu, mereka ini boleh diberi kad pengenalan warganegara dan didaftar sebagai pengundi. Sudah pun dikesan orang asing yang memiliki pasport negara lain tetapi mempunyai kad pengenalan Malaysia.

8. Dengan sogokan juga pegawai dan kakitangan boleh mengambil bahagian dalam penipuan ini. Pekerja dalam pengurusan pilihanraya boleh juga disogok supaya bekerjasama dan tidak melapor penyelewengan yang berlaku. Jumlah undi pun boleh ditipu semasa dikira.

9. Mereka yang bersubahat seperti ini boleh dilindungi oleh pihak yang berkuasa. Mereka tidak akan didakwa.

10. Apabila diisytihar keputusan pihak yang tidak puas hati boleh membantah. Mereka boleh berdemo.

11. Tetapi selagi ketua pihak penguatkuasa undang-undang dan pendakwaraya menolak segala dakwaan penipuan dan bantahan oleh rakyat sia-sia sahajalah usaha yang dibuat.

12. Parti yang menang secara penipuan akan dirikan Kerajaan dan akan terus menipu dan melesapkan duit rakyat. Ini sudah pun berlaku.

13. Demokrasi memang sistem yang terbaik tetapi demokrasi boleh disalahguna dan salahlaku sehingga wujud diktator demokratik – atau lebih tepat lagi kleptokratik. Demikianlah wang boleh menghapuskan semangat sayang kepada bangsa, negara dan agama.

14. Untuk mengelak semua ini berlaku terdapat hanya satu cara sahaja. Rakyat sebagai pengundi, kakitangan dan pegawai mestilah menolak dengan sekeras-kerasnya RASUAH dalam apa bentuk sekalipun.

15. Apa juga yang diterima dan boleh ditakrif sebagai rasuah adalah haram – haram di dunia dan haram di akhirat. Islam, agama-agama lain dan masyarakat mengutuk rasuah. Percayalah rasuah tetap akan memburukkan nasib semua dari kita termasuk dan lebih-lebih lagi mereka yang menerima rasuah.

16. Janganlah sesiapa berkata oleh kerana rasuah tidak termasuk dalam hukum hudud, dianya akan dibalas hanya di akhirat sahaja. Dia tidak menjadi kesalahan di dunia. Oleh itu terimalah rasuah sebagai rezeki.

17. Sebenarnya balasan di dunia akan dirasai oleh semua kerana rasuah, selain dari menjadi beban kepada masyarakat tetap akan menghancurkan negara.

18. Melayu UMNO mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan Agung UMNO dahulu. Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan UMNO di waktu ia ditubuh. Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit. Pilihanraya kali ini akan memperlihat duit-duit yang dicuri dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib. Dengan perkataan lain ahli UMNO yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion Ringgit.

19. Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair.



Demikianlah Artikel [TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair

Sekianlah artikel [TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TULISAN TUN M TERBARU] Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/tulisan-tun-m-terbaru-makanlah-duit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :