Judul : Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara
link : Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara
Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara
Ahmad Fadhli Shaari
SHAH ALAM - Pemuda Pas menegaskan, pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) tetap berpendirian untuk masuk bertanding di Kelantan.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya itu berlaku, senario yang sama akan berlaku diseluruh negara.
"Kita tegaskan untuk kesekian kalinya, jika Amanah bertanding di Kelantan maka pertandingan tiga penjuru akan kita hadapi di seluruh negara. Pas akan bertanding mana-mana kerusi yang dipilih tanpa mengira ia ditandingi oleh DAP atau PKR!
"Tiga penjuru di Kelantan ialah tiga penjuru di seluruh negara!," katanya dalam satu kenyataannya.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang dipetik sebagai berkata bahawa partinya akan masuk bertanding di mana sahaja Pas bertanding.
Sany berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di Konvensyen Amanah di Shah Alam, kelmarin.
Dalam pada itu, Presidennya Mohamad Sabu pula memberi isyarat bahawa mereka akan bertanding di Kelantan bagi mengelakkan BN menang.
Demikianlah Artikel Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara
Sekianlah artikel Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/tiga-penjuru-di-kelantan-tiga-penjuru.html