Karlov disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada tembakan berkenaan.

Saksi di tempat kejadian berkata, selepas menembak Karlov, suspek bercakap mengenai situasi yang berlaku di Aleppo, Syria.

Penembak itu juga berkata, dia tidak akan meninggalkan lokasi insiden itu hidup-hidup.

Keadaan menjadi tegang selepas tembak menembak berlaku antara suspek dan juga pasukan keselamatan dan media Turki mengesahkan suspek ditembak mati dalam kejadian itu. - AGENSI