Judul : Sultan Nazrin bimbang isu rasuah di negara ini
link : Sultan Nazrin bimbang isu rasuah di negara ini
Sultan Nazrin bimbang isu rasuah di negara ini
Sultan Nazrin menyampaikan titah baginda sempena Sambutan Maulidur Rasul 1428H Peringkat Negeri Perak, hari ini.
TANJUNG MALIM - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap perbuatan rasuah dan pecah amanah secara berleluasa yang dilakukan golongan berjawatan besar dan berpelajaran tinggi.
Menurut baginda, bukan sahaja ia berleluasa, tetapi ia berlaku dalam skala yang sangat besar seperti yang tersiar di media.
Baginda bertitah, seseorang yang memiliki sifat takwa akan insaf bahawa tugas itu merupakan amanah Tuhan dan tidak berani mengubah sesuatu hukum dengan menghalalkan yang haram atau sebaliknya kerana mengetahui perbuatan itu satu dosa di sisi ALLAH.
"Sejarah menunjukkan bahawa perbuatan pecah amanah dan rasuah serta nafsu tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor yang menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.
"Dalam sejarah kerajaan-kerajaan Islam, ramai kalangan pemimpin Bani Umaiyah dan Bani Abas, telah lupa kepada amanah Ilahi kerana terlalu asyik menikmati kemewahan dunia, lalu sanggup menggunakan kekayaan untuk mengekalkan kuasa. Akibatnya negara berada dalam kekacauan dan rakyat berada dalam persengketaan.
"Apabila kuasa dianggap satu peluang untuk memenuhi kepentingan diri dan bukan satu amanah untuk mengimarahkan bumi ALLAH, maka akan rosaklah tataurusan pemerintahan yang akhirnya berkesudahan dengan kejatuhan sesebuah kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun," titah baginda.
Baginda bertitah demikian sempena Sambutan Maulidur Rasul 1428H Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dewan Sri Tanjong, di sini, hari ini.
Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.
Hadir sama pada majlis yang disertai kira-kira 2,000 orang adalah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ahli-ahli exco kerajaan negeri, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan diikuti dengan bacaan selawat beramai-ramai.
Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Pendakwah kepada Azmi Chai Abdullah yang membawa wang tunai RM3000, plak, hadiah iringan dan sijil.
Anugerah Pegawai Masjid (Imam) Muhammad Mukhtar Hamzah; Anugerah Pegawai Masjid (Muazzin), Idris Othman; Anugerah Pegawai Masjid (Siak) Abdul Karim Abdul Hamid; Anugerah Pegawai Penguatkuasa Agama, Zamri Abu Mansor dan Anugerah Keluarga Mithali Mohd Shafai Salleh yang membawa pulang RM5,000, plak, hadiah iringan dan sijil.

Demikianlah Artikel Sultan Nazrin bimbang isu rasuah di negara ini
Sekianlah artikel Sultan Nazrin bimbang isu rasuah di negara ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sultan Nazrin bimbang isu rasuah di negara ini dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/sultan-nazrin-bimbang-isu-rasuah-di.html