SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA

SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA
link : SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA

Baca juga


SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA


Persempadanan semula


Kuala Lumpur - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk menangguhkan siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati kerajaan negeri itu mengikut semua peraturan berkaitan permohonan berkenaan dan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan itu.

Beliau juga berkata, Kerajaan Selangor mempunyai hak untuk membantah cadangan persempadanan semula itu.

Mahkamah membenarkan penangguhan itu sementara menunggu pendengaran permohonan semakan semula kehakiman Kerajaan Selangor pada 20 Januari.

Azizul Azmi membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Dr Cyrus dan Datuk S Ambiga yang mewakili Kerajaan Selangor dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan serta Azizan Md Arshad yang mewakili SPR, pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, dan setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Pagi ini, mahkamah itu membenarkan permohonan kebenaran oleh Kerajaan

Selangor untuk mendapatkan semakan kehakiman dan menetapkan 20 Januari sebagai tarikh untuk mendengar merit permohonan semakan berkenaan.

Pada 19 Oktober, Kerajaan Selangor, yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan kebenaran bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri di Selangor oleh SPR.

Beliau memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi perlembagaan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam urusan persempadanan semula itu adalah melanggar perlembagaan, tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.

Mohamed Azmin memfailkan permohonan itu atas alasan SPR bertindak dengan tidak mengikut perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional berlandaskan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon mendapatkan, antara lain, satu perisytiharan bahawa notis yang disiarkan tidak mempunyai butiran terperinci, di mana pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk membuat representasi.




Demikianlah Artikel SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA

Sekianlah artikel SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SELANGOR DIBENARKAN TANGGUH PERSEMPADANAN SEMULA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/selangor-dibenarkan-tangguh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :