Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid

Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid
link : Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid

Baca juga


Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid

 FMT| December 17, 2016
Beliau meminta pihak yang memfitnah termasuk surat layang yang mengatakan beliau mendesak Najib meletak jawatan dihentikan kerana ia hanya membuang masa.
najib_zahid_600_1
BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji akan terus membantu Datuk Seri Najib Razak tidak kira dalam keadaan apa sekalipun.
Beliau turut meminta orang ramai khususnya penduduk Parlimen Bagan Datoh supaya mendoakan hubungan beliau dengan perdana menteri terus berpanjangan.

“Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, seorang sahabat, adik beradik,” katanya ketika berucap pada majlis sepetang timbalan perdana menteri bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Bagan Datoh di Wisma Bagan Datoh di sini.
Pada majlis itu, kira-kira 500 orang pemimpin masyarakat setempat dan anggota parti Komponen Barisan Nasional hadir.

Zahid berkata bekerja bersama Najib sejak 1 Okt 1987 sebagai setiausaha politik semasa perdana menteri ketika itu menjadi menteri belia dan sukan sebelum menjadi menteri pertahanan.
“Selepas itu saya terus bekerja dalam sektor korporat, namun saya membantunya (Najib) dari luar,” katanya.

Sehubungan itu, Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh meminta pihak tertentu supaya menghentikan segala fitnah ke atasnya termasuk surat layang kononnya beliau mendesak Najib meletak jawatan kerana ia hanya membuang masa.

Zahid menegaskan sepanjang kerjaya politiknya beliau tidak pernah menjatuhkan sesiapa dan pegangan itu menyebabkannya kekal sebagai ahli Parlimen dan ketua Umno Bahagian Bagan Datoh.
“Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa termasuk perdana menteri sebab itu di Bagan Datoh saya selamat dari 1985 sampai sekarang dan tiada siapa lawan saya,” katanya.


Demikianlah Artikel Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid

Sekianlah artikel Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/saya-tak-pernah-jatuhkan-sesiapa-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :