RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH

RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH
link : RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH

Baca juga


RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH


PDRM


Shah Alam - Sebanyak RM2.89 juta dicatatkan membabitkan kerugian akibat kes penipuan pakej umrah seluruh negara bagi tempoh tahun ini bermula Januari hingga November.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 84 laporan polis.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 29 kertas siasatan telah dibuka membabitkan kes berkenaan.

“Polis akan menyiasat dari sudut unsur-unsur penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Daripada siasatan kita, dapati lebih 80 peratus daripada kes yang dilaporkan melibatkan syarikat-syarikat yang tidak berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kementerian pelancongan adalah sebagai agensi utama mengeluarkan lesen syarikat atau agensi pelancongan. Manakala, Tabung Haji dalam memberikan kuota haji atau umrah sahaja kepada syarikat atau pun agensi yang membawa jemaah.

Katanya, urusan umrah adalah dibawa tanggungjawab syarikat masing-masing.

Tambahnya, bilangan jemaah haji dan umrah perlu dilaporkan oleh syarikat kepada Kementerian Pelancongan dan Tabung Haji sebagai rekod mereka. Ini kerana, apabila adanya laporan polis yang dibuat, kementerian juga akan dimaklumkan untuk siasatan mereka dari aspek pelanggaran syarat-syarat pelesenan.

Justeru, bagi mengelakkan penipuan, orang ramai dinasihatkan menggunakan agensi-agensi yang berdaftar selain tidak mudah terpengaruh dengan pakej-pakej yang menawarkan harga murah.




Demikianlah Artikel RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH

Sekianlah artikel RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM2.89 JUTA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/rm289-juta-kes-penipuan-pakej-umrah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :