RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI

RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI
link : RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI

Baca juga


RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI

Penyelewengan di Sabah, rampasan terbesar SPRM
Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu
Antara wang yang berjaya dirampas

KUALA LUMPUR - Rampasan RM114.5 juta berkaitan dengan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah pada Oktober merupakan kes terbesar dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, yang ditubuhkan 49 tahun lalu.

Kejayaan itu selaras dengan fokus utama Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad selepas mengambil alih teraju SPRM pada 1 Ogos lepas untuk membersihkan perkhidmatan awam.

Seorang pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan. Sementara siasatan dijalankan, masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit, dengan dua orang penjamin.

Susulan itu, SPRM turut merampas geran tanah, barang kemas, jam dan beg tangan berjenama serta kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit daripada lebih 20 orang suspek yang ditahan berhubung kes berkenaan.

Antara kes yang turt mendapat perhatian umum pada tahun ini ialah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemilik banglo yang dibelinya, Phang Li Koon, pada 29 Jun.   

SPRM menyiasat Guan Eng berhubung pembelian banglo itu dengan harga RM2.8 juta daripada Phang yang dikatakan di bawah harga pasaran RM4.27 juta.

Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Jun atas pertuduhan rasuah berkaitan dengan pembelian banglo berkenaan.

Pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam, dua daripadanya 'Datuk' dan seorang lagi 'Datuk Seri', ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mereka berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya dan Tenaga Nasional Berhad, serta ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 50-an dan akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta, dibekukan meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta dan RM6 juta setiap seorang.

Turut disita beberapa kondominium mewah termasuk unit penthouse, banglo dan kenderaan mewah, antaranya Maserati, BMW dan Audi. - Bernama


Demikianlah Artikel RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI

Sekianlah artikel RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAKYAT MAHU DENGAR APA KESUDAHAN KES INI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/rakyat-mahu-dengar-apa-kesudahan-kes-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :