Judul : Perwakilan UMNO Johor: "UMNO yang TERHUTANG BUDI dengan ORANG MELAYU, BUKANNYA Melayu Terhutang Budi dengan UMNO"
link : Perwakilan UMNO Johor: "UMNO yang TERHUTANG BUDI dengan ORANG MELAYU, BUKANNYA Melayu Terhutang Budi dengan UMNO"
Perwakilan UMNO Johor: "UMNO yang TERHUTANG BUDI dengan ORANG MELAYU, BUKANNYA Melayu Terhutang Budi dengan UMNO"
Seorang perwakilan hari ini menyeru Umno supaya berhenti daripada meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada parti itu.
"Sudah tiba masanya untuk Umno berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada Umno. Malah sudah tiba masanya untuk Umno berhenti mengenang-ngenang apa yang telah Umno berikan kepada orang Melayu," kata wakil Umno Johor, Datuk Ayub Rahmat.
Ayub menegaskan demikian ketika berucap di perhimpunan agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Sebaliknya, Ayub yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah menegaskan bahawa parti itulah yang sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu.
Kata Ayub, keutuhan dan keberadaan parti itu yang terus kekal berkuasa selama ini adalah kerana jasa dan budi orang Melayu.
"Saya menegaskan bahawa sebenarnya bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu.
"Umno itu wujud kerana orang Melayu. Umno berjaya memimpin Malaysia kerana orang Melayu," kata Ayub.
Oleh itu, Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali lupa siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.
"Jangan sesekali kita lupa, Umno tidak akan berada pada kedudukan kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu.
"Telah tiba masanya Umno yang berterima kasih dengan sokongan orang Melayu selama ini. Umno tidak boleh berjaya tanpa orang Melayu. Tidak, dan tidak sama sekali," tegas Ayub.
Demikianlah Artikel Perwakilan UMNO Johor: "UMNO yang TERHUTANG BUDI dengan ORANG MELAYU, BUKANNYA Melayu Terhutang Budi dengan UMNO"
Sekianlah artikel Perwakilan UMNO Johor: "UMNO yang TERHUTANG BUDI dengan ORANG MELAYU, BUKANNYA Melayu Terhutang Budi dengan UMNO" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perwakilan UMNO Johor: "UMNO yang TERHUTANG BUDI dengan ORANG MELAYU, BUKANNYA Melayu Terhutang Budi dengan UMNO" dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/perwakilan-umno-johor-umno-yang.html