[PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH

[PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH
link : [PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH

Baca juga


[PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH


13 individu dikesan terlibat Daesh


Polis mengenal pasti dan menahan 13 individu berasal dari negeri ini kerana terpengaruh serta terlibat dengan gerakan militan Daesh.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani berkata, daripada jumlah itu, lima berasal dari Jerantut, tiga dari Kuantan, dua dari Maran dan masing-masing seorang dari Pekan, Temerloh dan Raub.

Menurutnya, kesemua individu terbabit yang dikesan hasil pemantauan dilakukan pihak polis Bukit Aman sudah ditahan untuk siasatan dan tindakan.

“Kita akan bertindak ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan militan ini sekiranya ada maklumat.

“Justeru, isu ancaman militan Daesh ini menjadi antara agenda utama Polis Kontinjen Pahang untuk ditangani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, di sini semalam.

Sharifuddin berkata, beliau mengingatkan semua pegawai dan anggota dan pegawai awam dari kontinjen Pahang supaya tidak terpengaruh atau terlibat dalam kegiatan tersebut kerana ia bukan sahaja merosakkan diri, malah menjejas imej pasukan keseluruhannya.

“Sebelum ini terdapat dua kes melibatkan anggota polis, bagaimanapun mereka sudah dikenakan tindakan dan dijatuhi hukuman,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata, sepanjang Januari hingga November 2016, sebanyak 174 kertas siasatan tatatertib dibuka melibatkan pegawai dan anggota pelbagai pangkat termasuk pegawai kanan.

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan individu ini kerana kesalahan mereka boleh menjatuhkan imej pasukan.

“Saya minta semua peringkat pegawai penyelia supaya sentiasa memantau aktiviti dan kualiti kerja pegawai dan anggota bawah seliaan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, pegawai dan anggota yang didapati melanggar peraturan perlu ditegur dan jika kesalahan itu berulang, tindakan tatatertib lebih serius perlu diambil ke atas mereka.

Dalam pada itu beliau berkata, kadar Jenayah Indeks kontinjen Pahang dalam tempoh Januari hingga November 2016 menunjukkan penurunan daripada 4,264 kes pada 2015 kepada 3,819 kes.




Demikianlah Artikel [PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH

Sekianlah artikel [PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] 13 INDIVIDU DIKESAN TERLIBAT DAESH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/pekan-13-individu-dikesan-terlibat-daesh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :