PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA

PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA
link : PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA

Baca juga


PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA


PBB Gesa Suu Kyi Melawat Etnik Rohingya


New York – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi melawat wilayah barat laut negara itu bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa mereka akan dilindungi di tengah tuduhan tentera merogol wanita Islam Rohingya, membakar rumah dan membunuh penduduk awam.

Tentera dan kerajaan Myanmar bagaimanapun menyangkal dakwaan membabitkan etnik Rohingya itu. Anggota tentera memenuhi kawasan sepanjang sempadan Myanmar dengan Bangladesh, tindak balas kepada serangan terancang ke atas tiga pos sempadan pada 9 Oktober yang membunuh sembilan anggota polis.

Suu Kyi semalam menuduh masyarakat antarabangsa menambah kebencian antara penduduk Buddha dan Islam di barat laut negara itu.

“Keengganan pihak berkuasa Myanmar mengambil pendirian tegas terhadap puak pelampau, dan menggunakan kaedah pertahanan berbanding pendekatan proaktif untuk menyediakan keselamatan kepada rakyat tempatan, menyebabkan kekecewaan dalam kalangan mereka dan antarabangsa.

“Cuma dengan bertindak tegas kepada masalah itu kerajaan dapat menyelesaikan krisis dan mengekalkan imej antarabangsanya,” kata Vijay Nambiar, penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dalam kenyataan.

Beliau juga mendesak Suu Kyi melawat Maungdaw dan Buthidaung di negeri Rakhine. Kekerasan tentera di Rakhine sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 orang dan menyebabkan 10,000 lagi melarikan diri ke Bangladesh.

Krisis itu memberi cabaran kepada pemenang Hadiah Nobel keamanan itu, yang berjaya memperoleh kuasa dengan janji mengutamakan perpaduan.




Demikianlah Artikel PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA

Sekianlah artikel PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PBB GESA SUU KYI MELAWAT ETNIK ROHINGYA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/pbb-gesa-suu-kyi-melawat-etnik-rohingya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :