#PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB

#PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB
link : #PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB

Baca juga


#PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB




Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pakatan pembangkang yang cenderung mengaitkan dirinya dengan pelbagai isu negatif yang berlaku dalam negara.

Presiden UMNO itu berkata beliau dihempap dengan pelbagai kesalahan dengan cerita yang sengaja direka-reka oleh pembangkang untuk menghasut rakyat, termasuk dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan.

“Orang yang saya tak kenal, Altantuya (Shariibuu) pun dia kata saya terlibat. Kalau saya terlibat, tak payah tunggu polis, isteri saya dah buat sesuatu dah. Walaupun saya dah bersumpah dalam masjid, bangkit lagi cerita, tetapi tiada bukti langsung.

“(Kes pembunuhan) Kevin Morais pun kata saya terlibat. Cerita cincin lagi. Selepas itu, dia kata dia bergurau, tetapi bak kata orang putih, ‘the damage is done’ (kerosakan telah berlaku),” katanya ketika menggulung perbahasan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Model Mongolia Altantuya Shaariibuu dibunuh pada 2006 manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais dibunuh sebelum mayatnya disumbat dalam tong dram dan disimen pada 4 Sept 2015.

Najib juga mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir yang sengaja mengadakan-adakan cerita mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seolah-olah syarikat itu langsung tiada sumbangan kepada negara.

“Isu 1MDB dia kata rugi RM42 bilion, lepas itu dia kata RM27 bilion. Sekarang dah terjawab (isu itu), dia senyap pula. Tetapi jasa 1MDB, setiap tahun 1,200 imam dan ketua kampung naik haji. Ada juga jasanya. Kalau ada kelemahan, kalau salah, akan dibetulkan,” jelas Najib.

Beliau turut mencabar bekas perdana menteri itu untuk menyaman seorang penulis, Barry Wain yang menulis buku bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ mengenai penyelewengan yang berlaku ketika pemerintahannya selama 22 tahun.

“Zaman Dr Mahathir lagi banyak cerita. Cerita IPP (penjana tenaga bebas), cerita tol, Penswastaan Malaysia Airlines, Perwaja, Forex. Saya tahu cerita.

“Dalam buku dia (Wain), ada RM100 bilion ketirisan. Kalau tak betul, saman la Barry Wain. Kalau bab saya, suruh saman. Kalau bab dia, tak saman,” katanya.

Najib juga mencabar Dr Mahathir, sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan konvensyen parti baharunya, bagi melihat sama ada perwakilan parti itu mampu memenuhi dewan seperti yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO.




Demikianlah Artikel #PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB

Sekianlah artikel #PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #PAU2016: JANGAN HEMPAP SEGALA KESALAHAN KEPADA SAYA NAJIB dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/pau2016-jangan-hempap-segala-kesalahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :