Judul : PATUTNYA DAP LA YANG JADI BENTENG PAN, BERDASARKAN SEMANGAT MENGAPA DATERBALIK ?
link : PATUTNYA DAP LA YANG JADI BENTENG PAN, BERDASARKAN SEMANGAT MENGAPA DATERBALIK ?
PATUTNYA DAP LA YANG JADI BENTENG PAN, BERDASARKAN SEMANGAT MENGAPA DATERBALIK ?
Amanah sedia jadi benteng pertahan DAP
Jamzuri Ardani ketika berucap dalam Konvensyen Amanah hari ini. - Foto Facebook Amanah
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menjadi benteng pertahanan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan Amanah Selangor, Jamzuri Ardani.
Jamzuri ketika berucap di Konvensyen Amanah hari ini berkata, BN akan menggunakan modal politik yang sama dalam PRU14 dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.
Menurutnya lagi, DAP bukan sahaja diserang oleh BN, sebaliknya turut menghadapi serangan oleh Pas sejak parti Islam itu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.
“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.
“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka. Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik Amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di sini, hari ini.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) awal Disember lalu mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jamzuri dalam masa sama turut mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menentukan soal pembahagian kerusi calon pembangkang.
“Kita kena perkuat dan teguhkan Pakatan, buat keputusan yang jelas. Jangan membuang masa dengan mainan politik yang membosankan, ‘ding-dong’ di sana sini, tunggu sana sini.
“Kalau mahu guna 1 logo, segera muktamadkan. Kalau mahu guna satu manifesto pun kita lancarkan. Pembahagian kerusi kena muktamadkan segera. Ini tanggungjawab pimpinan PH,” katanya.
Demikianlah Artikel PATUTNYA DAP LA YANG JADI BENTENG PAN, BERDASARKAN SEMANGAT MENGAPA DATERBALIK ?
Sekianlah artikel PATUTNYA DAP LA YANG JADI BENTENG PAN, BERDASARKAN SEMANGAT MENGAPA DATERBALIK ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PATUTNYA DAP LA YANG JADI BENTENG PAN, BERDASARKAN SEMANGAT MENGAPA DATERBALIK ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/patutnya-dap-la-yang-jadi-benteng-pan.html