Judul : PAS tentang rasuah BN, tapi tetap tolak DAP, AMANAH
link : PAS tentang rasuah BN, tapi tetap tolak DAP, AMANAH
PAS tentang rasuah BN, tapi tetap tolak DAP, AMANAH
PAS adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.
PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik.
Justeru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.
Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan BN yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan "dedak" tertentu.
PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.
PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera.
Kaji satu persatu kerusi
Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.
PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita.
Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, sama ada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisisnya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihan raya berkenaan.
Oleh itu PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.
PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan AMANAH, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam.
Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG adalah presiden PAS
Demikianlah Artikel PAS tentang rasuah BN, tapi tetap tolak DAP, AMANAH
Sekianlah artikel PAS tentang rasuah BN, tapi tetap tolak DAP, AMANAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS tentang rasuah BN, tapi tetap tolak DAP, AMANAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/pas-tentang-rasuah-bn-tapi-tetap-tolak.html