Judul : Orang Asli ada hak atas tanah adat
link : Orang Asli ada hak atas tanah adat
Orang Asli ada hak atas tanah adat
Menduduki tanah untuk selama beberapa generasi ialah tanggapan kuat dan hampir tidak boleh disangkal yang mereka memegang hak itu, kata bekas hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram.
PETALING JAYA: Orang Asli di semenanjung mempunyai hak undang-undang terhadap tanah adat mereka, kata hakim bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram.
“Mereka boleh memperoleh hak milik adat tanah itu hanya dengan menyemai, memburu, mengutip hasil hutan dan tinggal di situ,” katanya.
Sri Ram berkata mereka tidak perlu mengeluarkan hak kepada tanah, seperti pemilik .
“Menduduki tanah itu untuk beberapa generasi ialah tanggapan kuat dan hampir tidak boleh disangkal yang mereka memegang hak itu,” katanya.
Hakim bersara Mahkamah Persekutuan itu berkata demikian sebagai respons kepada laporan aktivis Orang Asli ditahan kerana mendirikan sekatan di kawasan hutan simpan di Gua Musang, Kelantan.
Pertikaian antara 200 Orang Asli Temiar dan pihak berkuasa tempatan Kelantan berlaku sejak 26 September dalam isu menghalang pembalak menebang balak di Hutan Simpan Balah.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengarahkan penunjuk perasaan menghentikan sekatan itu atau berdepan tindakan undang-undang.
Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau bersimpati dengan Orang Asli tetapi mereka tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang sendiri.
Sri Ram, yang sebelum ini pernah membuat keputusan bagi sekurang-kurangnya 2 kes penting membabitkan Orang Asli di Mahkamah Rayuan, berkata undang-undang persekutuan juga berpihak kepada mereka.
Katanya, undang-undang itu ada dalam Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara, Akta Peralihan Hak Atas Tanah dan Akta Orang Asli.
Sri Ram berkata pihak berkuasa boleh memperoleh tanah mereka tetapi perlu memberikan pampasan yang secukupnya.
“Jika anda tidak berbuat demikian, ia pelanggaran undang-undang kerana menafikan hak mereka terhadap harta mereka,” katanya.
Beliau berkata daripada laporan itu, insiden di Gua Musang menunjukkan tindakan pihak berkuasa tidak mengikut undang-undang kerana mereka cuba mengabaikan hak tanah adat Orang Asli tanpa pampasan kewangan.
Katanya, pembalak itu juga bertanggungjawab kerana menceroboh.
“Orang Asli yang terjejas mempunyai remedi undang-undang kerana undang-undang kes menyokong mereka,” katanya.
Demikianlah Artikel Orang Asli ada hak atas tanah adat
Sekianlah artikel Orang Asli ada hak atas tanah adat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang Asli ada hak atas tanah adat dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/orang-asli-ada-hak-atas-tanah-adat.html