OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN

OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN
link : OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN

Baca juga


OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN


OKU intelek dalami al-Quran


Kota Bharu - Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kubang Kerian, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan (USMKK) akan mengadakan Rumah Ngaji dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) bagi membantu orang kurang upaya (OKU) intelek.

Setiausahanya, Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim berkata, bertempat di PDK berkenaan, kini pihaknya sudah mempunyai 36 peserta OKU di bawah kelolaan PDK tersebut dengan menyediakan tenaga pengajar, Ahmad Husaini Ibrahim yang juga OKU fizikal.

“Usaha mengadakan Rumah Ngaji ini adalah salah satu transformasi OKU yang mahu mengubah status OKU dari liabiliti kepada produktiviti dengan enam lagi pelaksanaan projek lain termasuk latihan pekerjaan dan modukasi khas kerusi roda berkaitan kedutaan Thailand (RICD).

“Selain itu, kita juga sudah menjalankan projek pertanian komersial, PDK dengan komuniti, menubuhkan kumpulan muzikal, Sukan OKU (SUKOKU) dan terbaru Rumah Ngaji dalam memperkasakan golongan ini secara keseluruhan,” katanya.

Dr Mohd Zulkifli yang juga Ketua Projek Program Transformasi OKU, USMKK berkata demikian selepas Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Rumah Ngaji itu, yang membawa visi Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Ghani bagi membantu OKU.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengerusi PDK Kubang Kerian, USMKK, Prof Dr Mohamed Saat Ismail dan Pengurus Cawangan Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.

Program pada 29 Disember nanti dijangka akan dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Ali Mat Yunus dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM (JIM), Prof Dr Abdul Rahman Mohamed.

Dr Mohd Zulkifli berkata, pihaknya berhasrat akan mengembangkan lagi usaha ke PDK lain termasuk membuka penyertaan kepada orang luar termasuk ibu bapa, OKU di tempat lain dan staf USM bagi menyertai Rumah Ngaji ini.

Mereka yang ingin mengetahui mengenai Rumah Ngaji untuk OKU intelek berkenaan boleh menghubungi 018-9163177 (Wan Aminah) dan 019-9870687 (Dr Nik Norliza).




Demikianlah Artikel OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN

Sekianlah artikel OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel OKU INTELEK DALAMI AL-QURAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/oku-intelek-dalami-al-quran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :