Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid

Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid
link : Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid

Baca juga


Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa pembangkang cuba merosakkan hubungan rapat beliau dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perkara itu disebabkan pembangkang cemburu dengan solidariti ditunjukkan Umno pada perhimpunan agung parti itu minggu lalu.

"Tidaklah menghairankan apabila mereka menyebarkan khabar angin dalam usaha untuk merosakkan hubungan rapat saya dan timbalan perdana menteri

"Mungkin pembangkang tersalah anggap perwatakan timbalan perdana menteri dengan beberapa bekas pemimpin parti Umno yang didorong oleh kepentingan peribadi, bukan kepentingan parti atau nasional," katanya dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Najib, pembangkang mencuba pelbagai cara untuk memecahbelahkan hubungan tersebut.

"Tetapi mereka tidak kenal Umno dan kesetiaan anggotanya – mereka yang berdiri di dalam senang mahupun susah bersama parti dan kepimpinan parti yang dipilih secara demokrasi.

"Pembangkang kini begitu terdesak dan di dalam kucar-kacir sehingga mereka terpaksa bersekutu dengan orang yang memenjara pemimpin mereka sendiri," katanya sambil menggesa anggota Umno berwaspada terhadap 'taktik kotor' pembangkang.

Sejak beberapa hari lalu, sepucuk surat yang dikatakan ditandatangani Zahid tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Surat berkenaan dikatakan menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan turut menamakan barisan kabinet bayangan Zahid.

Susulan itu anggota Majlis Tertinggi (AMT) Umno, Tan Sri Noh Omar berkata, penyebaran viral itu tidak ubah seperti 'tindakan pelajar sekolah'.

Dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini Zahid menyatakan ikrar taat setianya kepada Najib serta meminta hubungan beliau dengan seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dilaga-lagakan.

Najib dalam ucapan penggulungannya menyatakan tidak pernah meragui kesetiaan Zahid, malah tidak risau sama sekali jika naib presiden Umno itu 'berdiri' di belakangnya.




Demikianlah Artikel Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid

Sekianlah artikel Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/najib-pembangkang-cuba-rosakkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :