Judul : Mondelēz tegaskan Toblerone, Daim selamat dimakan
link : Mondelēz tegaskan Toblerone, Daim selamat dimakan
Mondelēz tegaskan Toblerone, Daim selamat dimakan
SHAH ALAM - Syarikat Mondelēz International yang mengeluarkan produk coklat Toblerone dan Daim menegaskan bahawa produk keluaran mereka itu sesuai dan selamat dimakan oleh orang Islam.
Dalam satu kenyataan rasmi syarikat itu mendakwa bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah mengeluarkan penjelasan mengenai isu terbabit.
“Pihak Jakim telah menjelaskan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil halal tidak boleh dianggap halal atau haram.
“Kami juga ingin menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan dan mengeluarkan coklat Toblerone dan Daim adalah sesuai untuk dimakan orang Islam,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Jakim telah memperjelaskan status halal coklat Daim dan Toblerone di mana Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal dalam satu kenyataan berkata, coklat tersebut bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Demikianlah Artikel Mondelēz tegaskan Toblerone, Daim selamat dimakan
Sekianlah artikel Mondelēz tegaskan Toblerone, Daim selamat dimakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mondelēz tegaskan Toblerone, Daim selamat dimakan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/mondelez-tegaskan-toblerone-daim.html