Judul : LPT2 BERDARAH: ENAM MAUT, EMPAT PARAH
link : LPT2 BERDARAH: ENAM MAUT, EMPAT PARAH
LPT2 BERDARAH: ENAM MAUT, EMPAT PARAH
Kemaman - Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan ngeri di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan Plaza Tol Chukai, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Kemalangan berkenaan turut menyebabkan empat lagi ahli keluarga mereka yang lain cedera parah.
Nahas itu dipercayai berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex Royal yang dinaiki 10 beranak itu pecah tayar sebelum ia terbabas melanggar pembahagi jalan dan merempuh tiang jejantas.
Saksi kejadian, Siti Nazirah Embong, 28, berkata, dia yang memandu bersebelahan kenderaan mangsa mendengar bunyi letupan kuat sebelum melihat kenderaan itu terbabas.
"Lepas rempuh tiang jejantas, enjin kenderaan itu terkeluar lalu tercampak dalam keadaan terbakar ke laluan bertentangan sementara kenderaan itu pula berpusing tiga empat kali.
"Ketika berpusing itu saya lihat tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Demikianlah Artikel LPT2 BERDARAH: ENAM MAUT, EMPAT PARAH
Sekianlah artikel LPT2 BERDARAH: ENAM MAUT, EMPAT PARAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LPT2 BERDARAH: ENAM MAUT, EMPAT PARAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/lpt2-berdarah-enam-maut-empat-parah.html