[LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL

[LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL
link : [LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL

Baca juga


[LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL


Didik belia kuasai ilmu penyembelihan halal


Buat julung kalinya, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF) Felda Lepar Utara 3 menganjurkan Kursus Penyembelihan Halal bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Lepar Utara 3, kelmarin.

Penganjuran melibatkan 180 peserta itu bukan sahaja melibatkan belia tanah rancangan berkenaan, malah dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pengerusi MBFM Felda Lepar Utara 3, Mohd Norodzaime Affandy berkata, penganjuran kursus itu turut mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Maran dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Mohd Norodzaime berkata, kursus itu bertujuan memberi pendedahan tentang ilmu penyembelihan halal dan mewujudkan pelapis dalam kalangan belia yang boleh menjalankan ibadat korban.

“Jika kenduri atau ketika menjalan ibadat korban, kita akan bergantung kepada orang yang lebih berusia untuk memikul tanggungjawab melakukan penyembelihan.

“Selepas ini, kerja-kerja penyembelihan boleh dilaksanakan oleh golongan muda. Malah golongan muda juga boleh menjadi pelapis kepada generasi awal untuk kerja-kerja penyembelihan,” katanya.

Katanya, selain mendalami ilmu penyembelihan halal, kursus itu turut membuka peluang bagi golongan belia mengembangkan perniagaan dalam bidang membekalkan daging halal.

“Ilmu penyembelihan halal ini membuka ruang ekonomi buat golongan belia untuk membuka perniagaan daging halal yang lebih diyakini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan sekali gus berharap program seumpama itu dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

“Pelbagai acara menarik disediakan termasuk sesi ceramah di sebelah pagi, latihan amali di sebelah petang dan cabutan bertuah,” katanya.




Demikianlah Artikel [LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL

Sekianlah artikel [LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] DIDIK BELIA KUASAI ILMU PENYEMBELIHAN HALAL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/lipis-didik-belia-kuasai-ilmu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :